Siakap Keli

PBB Ucap Selamat Berpuasa Kepada Seluruh Umat Islam

NEW YORK, 23 April – Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Rabu mengucapkan selamat menyambut Ramadan kepada umat Islam di seluruh dunia, lapor agensi berita Xinhua.

Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres berkata pastinya Ramadan kali ini sangat berbeza kerana kebanyakan aktiviti terganggu disebabkan wabak COVID-19.

Sementara itu, penduduk di zon konflik sekali lagi akan menyambut Ramadan dalam kancah peperangan dan keadaan yang tidak selamat, katanya.

Pada masa sama Guterres mengulangi gesaannya supaya gencatan senjata global segera diwujudkan, membolehkan usaha ditumpukan untuk memerangi COVID-19.

“Ramadan juga merupakan bulan untuk membantu golongan yang memerlukan. Saya mengucapkan terima kasih kepada pemerintah dan penduduk Islam di seluruh dunia atas bantuan diberikan kepada mereka yang terjejas akibat konflik,” kata Guterres.

 

Sumber: Bernama

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang