Siakap Keli
Kredit: Google

Selepas ‘Nadia’ Si Harimau Malaya, 7 Lagi Haiwan Di Zoo Bronx Dilaporkan Positif COVID-19

New York, 23 April – Selain harimau bernama Nadia, empat lagi harimau dan tiga ekor singa disahkan positif COVID-19 di sebuah zoo di sini.

Menurut portal ABC7, ketujuh-tujuh haiwan itu didapati menunjukkan simptom yang sama dengan Nadia, harimau Malaya betina berusia empat tahun tersebut.

Petugas Zoo Bronx berkata, tiga ekor harimau dan tiga singa Afrika di sana mengalami batuk sebelum ujian ke atas najis mereka disahkan positif koronavirus berkenaan. Seekor harimau yang tiada simptom batuk turut mempunyai virus sama.

Kelapan-lapan haiwan yang disahkan positif COVID-19 di zoo itu dilaporkan semakin baik dan menunjukkan tingkah laku normal.

“Kami menguji haiwan dan harimau itu sebagai langkah berjaga-jaga dan akan memastikan sebarang maklumat akan disalurkan bagi meningkatkan pemahaman dunia tentang koronavirus baru ini,” kata wakil zoo tersebut.

Haiwan itu dipercayai positif setelah dijangkiti dari seorang staf yang tidak bersimptom sebelum ini, bagaimanapun tidak diketahui bagaimana jangkitan itu boleh berlaku.

Sementara itu, haiwan lain seperti cheetah, puma dan harimau bintang tidak menunjukkan sebarang simptom COVID-19.

Sebelum ini, seekor harimau Malaya di zoo berkenaan disahkan positif setelah mengalami batuk kering.

Jabatan Veterinar sebelum ini pernah mengeluarkan satu kenyataan yang menegaskan bahawa haiwan kesayangan seperti kucing dan anjing bukan penyebar COVID-19 kepada manusia.

BACA: Haiwan Kesayangan Seperti Kucing, Anjing Bukan Penyebar COVID-19 Kepada Manusia- Jab. Veterinar

 

Sumber: ABC7, NBC New York, New York Post

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.