Siakap Keli

“Tak Boleh Ada Pergerakan Dari Bandar Untuk Balik Ke Kampung”- Ismail Sabri

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyatakan bahawa, orang ramai yang tinggal di bandar dan mahu pulang ke kampung untuk menyambut bulan Ramadan tidak dibenarkan.

Menerusi sidang media harian perkembangan PKP, beliau menyatakan bahawa daripada awal lagi kerajaan tidak membenarkan ada pergerakan dari bandar untuk balik ke kampung.

Menurutnya, pengumuman berkenaan kebenaran pulang semula ke Kuala Lumpur dan bandar yang dibuat semalam tidak termaktub secara automatik.

Yang ada di bandar nak balik ke kampung, tidak boleh. Daripada awal lagi kita kata tak boleh. Ramai yang ingin balik menyambut bulan puasa. Dari awal lagi kita kata tidak boleh ada pergerakan dari bandar untuk balik ke kampung.

Ianya dinyatakan susulan ada segelintir yang kekeliruan beranggapan bahawa kebenaran untuk merentas negeri itu membolehkan mereka untuk pulang ke kampung bagi menyambut ramadhan bersama keluarga.

Yang saya sebutkan semalam adalah mereka yang terperangkap di kampung. Kita ingat tak dulu, bila umum sahaja dua hari lagi akan ada PKP, ramai yang balik kampung.

Jadi mereka ini diminta untuk mendaftar. Walau bagaimanapun, keputusan belum dibuat.

Saya hanya menyatakan bahawa mereka yang terperangkap di kampung melaporkan kepada balai polis atau secara dalam talian mulai 25 April ini untuk mengetahui berapa sebenarnya yang balik sebelum pkp dan ingin balik ke mana-mana bandar tempat mereka bekerja,” ujarnya pada sidang media selepas mesyuarat khas menteri mengenai pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), di Putrajaya.

Walau bagaimanapun, beliau juga memaklumkan bahawa keputusan tersebut masih belum lagi dibuat.

Sumber: Bernama

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa