Siakap Keli

TERKINI: PKP Dilanjutkan Lagi Dua Minggu Sehingga 12 Mei – PM

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dilanjutkan selama dua minggu lagi, sehingga 12 Mei depan.

Perkara tersebut diumumkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menerusi Perutusan Khas Perdana Menteri, sebentar tadi.

Kata Muhyiddin, walaupun kes Covid-19 di negara sudah menunjukkan perkembangan yang positif, tetapi usaha-usaha membendung wabak ini perlu diteruskan sehingga keadaan kembali pulih sepenuhnya.

”Berdasarkan data-data yang dibentangkan kepada saya oleh Kementerian Kesihatan, saya dapati bahawa usaha-usaha untuk membendung wabak COVID 19 masih perlu diteruskan.

”Walaupun angka-angka menunjukkan perkembangan yang positif, langkah-langkah yang kita ambil hendaklah diteruskan sampai ke satu masa di mana kita yakin wabak COVID 19 dapat dibendung sepenuhnya.

”Sehubungan itu, saya ingin mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan yang dijangka berakhir pada 28 April 2020 akan dilanjutkan untuk tempoh dua minggu lagi, iaitu sehingga 12 Mei 2020,” kata beliau.

Fasa keempat PKP akan bermula pada 29 April ini sehingga 12 Mei 2020 sejurus fasa ketiga PKP tamat pada 28 April.

Baca: PKP Mungkin Dilanjutkan Lagi Selepas Ini, Mungkin Tidak Boleh Sambut Raya Di Kampung – PM

Secara keseluruhan, Malaysia telah melaksanakan PKP selama 6 minggu yang bermula pada 18 Mac lalu bagi mengekang penularan wabak Covid-19.

Sumber: Sidang Media Perdana Menteri

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.