Semua orang umum maklum kita akan menjalani ibadah puasa bermula esok iaitu Jumaat bersamaan 1 Ramadan 1441 Hijrah (24 April 2020).
Disebabkan itu, ramai yang tidak melepaskan peluang mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa, begitu juga dengan bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Di dalam video tersebut, beliau menyampaikan beberapa ucapan sambil ditemani isterinya, Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali. Berikut ialah antara ucapan beliau:
PERUTUSAN RAMADHAN 1441H
1. Saya amat bersyukur kerana masih dapat bersama tuan-tuan dan puan-puan menunaikan ibadat puasa di bulan Ramadhan yang mulia ini.
Video penuh:
FB : https://t.co/tUgmsMInIUYouTube: https://t.co/dt4uK9hvQo pic.twitter.com/6dlCW9TwKk
— Dr Mahathir Mohamad (@chedetofficial) April 23, 2020
2. Sesungguhnya, setiap hari yang dapat kita lalui adalah satu rahmat yang begitu besar dan wajib kita bersyukur dengannya. Tambahan pula di bulan Ramadhan ini, kita dapat tunai satu ibadat yang utama yang akan memberi pahala kepada kita.
— Dr Mahathir Mohamad (@chedetofficial) April 23, 2020
Ingatlah ramai yang dijangkiti Coronavirus (COVID-19) yang tidak lagi dapat menunaikan ibadat puasa dan amalan-amalan lain pada bulan Ramadhan.
— Dr Mahathir Mohamad (@chedetofficial) April 23, 2020
3. Cara kita berpuasa kali ini amat berbeza daripada dahulu dan kita tidak pernah lakukan seperti ini sepanjang hayat kita.
— Dr Mahathir Mohamad (@chedetofficial) April 23, 2020
Walaupun kita berpuasa seperti tahun-tahun yang lalu, tetapi banyak tradisi dan juga ibadah tertentu yang terpaksa kita batal kerana terhalang oleh kemungkinan dijangkit COVID-19.
— Dr Mahathir Mohamad (@chedetofficial) April 23, 2020
4. Ini kerana terdapat sekatan terhadap perjalanan, hubungan dan pergaulan yang biasa lakukan yang disebab wabak ini.
— Dr Mahathir Mohamad (@chedetofficial) April 23, 2020
5. Antara yang terpaksa kita hentikan ialah berbuka puasa beramai-ramai dan sembahyang tarawih secara berjemaah. Kita juga tidak dapat membeli juadah yang enak di bazar-bazar Ramadhan.
— Dr Mahathir Mohamad (@chedetofficial) April 23, 2020
6. Selain itu, pergerakan kita untuk melawat dan berbuka puasa dengan sanak saudara juga turut terjejas.
— Dr Mahathir Mohamad (@chedetofficial) April 23, 2020
7. Dalam lain perkataan, Ramadhan kali ini menuntut lebih kesabaran dan kekangan nafsu dari kita yang jauh lebih berat berbanding dahulu.
— Dr Mahathir Mohamad (@chedetofficial) April 23, 2020
8. Samada kita sedar atau tidak, cabaran yang kita hadapi di dalam Ramadhan kali ini sebenarnya menguji tahap kesungguhan kita untuk mempertahankan rakyat dan Negara.
— Dr Mahathir Mohamad (@chedetofficial) April 23, 2020
9. Ini kerana jika kita tidak dapat membendung nafsu dan masih mahu menjalani ibadah puasa seperti tahun-tahun yang lalu, kita akan memperjudikan kehidupan rakyat yang lain, termasuk diri kita sendiri.
— Dr Mahathir Mohamad (@chedetofficial) April 23, 2020
10. Selain itu, jika dahulu kita melaku ibadat puasa dan menahan lapar dan dahaga untuk menginsafi kehidupan mereka yang miskin dan daif, kali ini cabaran menjadi lebih besar kerana lebih ramai yang akan hidup merana dan tertekan.
— Dr Mahathir Mohamad (@chedetofficial) April 23, 2020
11. Di atas kesedaran ini, saya meminta semua umat Islam supaya kita bersama-sama berusaha mengekang penyebaran wabak Covid-19 dengan menerima baik segala sekatan semasa melakukan amalan-amalan bulan puasa ini.
— Dr Mahathir Mohamad (@chedetofficial) April 23, 2020
12. Sebenarnya, jika kita mengamalkan kesederhanaan dan mengekang nafsu kita pada setiap peringkat, kekangan dan larangan tersebut tidak akan menjadi beban. Dan kesederhanaan ini sesuai dengan ibadah puasa itu sendiri.
— Dr Mahathir Mohamad (@chedetofficial) April 23, 2020
13. Dan kita juga pastinya ingin mengambil peluang di bulan Ramadhan ini untuk berkongsi rezeki dan nikmat yang kita peroleh dengan mereka yang memerlukannya.
— Dr Mahathir Mohamad (@chedetofficial) April 23, 2020
14. Yakinlah bahawa pengorbanan yang perlu kita lakukan itu adalah kecil berbanding dengan pengorbanan dari mereka yang perlu berada di barisan hadapan untuk mempertahankan kelangsungan kehidupan kita semua.
— Dr Mahathir Mohamad (@chedetofficial) April 23, 2020
15. Saya percaya jika kita sama-sama meredhai keadaan ini, Insya Allah, kita akan dapat jalani ibadat puasa kali ini dengan sempurna dan kita kemudiannya akan sambut Syawal dengan penuh kesedaran dan kesyukuran.
— Dr Mahathir Mohamad (@chedetofficial) April 23, 2020
https://www.facebook.com/watch/?v=836555516848312