Siakap Keli
billboard hadis nabi
Kredit: Al Araby UK

“Billboard” Di Amerika Dilapor Papar Nasihat Dari Hadis Nabi, Cara Berdepan Ancaman Wabak

Sebuah papan iklan billboard dipercayai di Chicago, Amerika Syarikat dilapor memaparkan nasihat menghalang penularan koronavirus melalui hadis Nabi Muhammad S.A.W.

Dalam iklan oleh Gain Peace di AS, mereka merangkumkan tiga nasihat Rasulullah S.A.W iaitu kerap membasuh tangan, jangan tinggalkan kawasan dijangkiti wabak dan jangan masuk ke dalam kawasan dijangkiti.

Mesej berusia lebih 1400 tahun itu seiring dengan garis panduan pertubuhan kesihatan di seluruh dunia untuk berdepan dengan COVID-19.

Billboard yang mengandungi intipati hadis Nabi Muhammad S.A.W ini berkait dengan pesanan baginda berdepan wabak yang diriwayatkan Imam Bukhari dan Imam Muslim;

لَا يُورِدَنَّ مُمْرِضٌ عَلَى مُصِحٍّ

Maksudnya: “Yang sakit janganlah mendatangi yang sihat.” (Hadis riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim)

Baginda juga memerintahkan mereka yang berada di tempat dilanda wabak agar tidak meninggalkan kawasannya serta golongan sihat juga dilarang memasuki lokasi wabak.

إِذَا سَمِعْتُمْ بِهِ بِأَرْضٍ فَلاَ تَقْدَمُوا عَلَيْهِ وَإِذَا وَقَعَ بِأَرْضٍ وَأَنْتُمْ بِهَا فَلاَ تَخْرُجُوا فِرَارًا مِنْهُ

Maksudnya: “Apabila kamu mendengarnya (wabak) di sesuatu tempat, maka janganlah kamu pergi ke situ. Dan apabila ia berlaku di tempat kamu, maka janganlah kamu keluar lari daripadanya.” (Hadis riwayat Imam Muslim).

Pesanan hadis ini menekankan tanggungjawab agama setiap individu dan masyarakat untuk mencegah penularan penyakit berjangkit dengan menjauhi tempat awam.

Sumber: Al Araby UK (English), Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS)

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.