Perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menyebabkan pelbagai urusan terpaksa ditangguhkan dan berubah mengikut prosedur tertentu.
Antara yang mendapat perhatian adalah pernikahan dalam talian melalui sidang video untuk setiap pasangan mengikut syarat dan garis panduan yang telah ditetapkan.
Terbaharu, seorang pengantin perempuan turut berkongsi pengalaman bergelar isteri melalui perkahwinan dalam talian pada Rabu lalu menerusi ciapan di Twitter.
Pengantin perempuan yang dikenali sebagai Emalina Hamzah itu, meluahkan rasa syukur setelah selesai diijabkabulkan bersama kekasih hati.
”Alhamdulillah syukur untuk 22/4/2020 saya sah bergelar seorang isteri.
”Hai suami di alam maya,” tulis Emalina.
Pasangan ini turut mengabdikan gambar kenangan di hari pernikahan ‘bersama’ walau hakikatnya terpisah di layar tv.
Ciapan yang mendapat perhatian warganet itu menjadi tular dalam tempoh beberapa jam dengan 1,500 ulang kicau dan 4,100 tanda suka.
Rata-ratanya mengucapkan tahniah kepada Emalina atas pernikahan tersebut.
”Alhamdulillah tahniah semoga berbahagia hingga ke syurga bersama suami tercinta, Islam itu indah Allah SWT permudahkan semuanya,” tulis seorang pengguna Twitter.
Tahniah kami ucapkan kepada pengantin baharu ini, semoga bahagia hingga ke akhir hayat!
Alhamdulillah syukur untuk 22/4/20 saya sah bergelar seorang isteri🥰 Hai suami di alam maya 😘❤️#nikahonline pic.twitter.com/lZo5ze0o2V
— EmalinaHamzah (@EmmaHamzah) April 22, 2020
Sumber: Emalina Hamzah