Siakap Keli
Kredit gambar: BERNAMA

Kaunter JPJ Dibuka Bermula Rabu Depan

Kaunter Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi urusniaga melibatkan kenderaan perkhidmatan awam, barangan dan pelancongan akan dibuka bermula 29 April, Rabu depan.

Menurut kenyataan rasmi Ibu Pejabat JPJ, perkhidmatan kaunter yang beroperasi dari pukul 8 pagi hingga 1 petang itu dikhususkan kepada kenderaan perdagangan sahaja dengan melibatkan tiga perkara.

“Pertama, kaunter dibuka untuk pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (LKM) bagi kenderaan perdagangan.

“Kedua, kaunter juga dibuka untuk pembaharuan Lesen Memandu Malaysia dan Lesen Vokasional (GDL dan PSV) serta yang ketiga, kaunter turut dibuka bagi urusan penyelesaian senarai hitam dan pembayaran saman berhubung dengan urusan seperti perkara pertama (1) dan kedua (2),” kata kenyataan tersebut.

Bagaimanapun, bagi urusniaga di kaunter melibatkan perkhidmatan JPJ yang lain, arahan pembukaan operasi akan dikeluarkan berdasarkan perkembangan semasa isu pandemik COVID-19 serta keputusan kerajaan mengenai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Orang ramai dinasihatkan untuk mematuhi garis panduan pencegahan COVID-19 yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) ketika berurusan di kaunter agar penyampaian perkhidmatan dan pematuhan PKP berjalan dengan lancar.

Lampiran berikut merupakan senarai pejabat cawangan yang dibenarkan beroperasi mengikut kawasan:

Sumber: JPJ

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.