Siakap Keli

Letak ‘Booking’ Serendah RM55, Pemaju Buat Tawaran ‘Gila’ Rumah Moden Eksklusif Suasana ‘Rimba’

Dah hidup kat bandar ni, bukan senang nak dapat suasana ‘kehijauan’ yang pastinya dapat memberi ketenangan kepada seseorang. Ye lahh kan penuh dengan bangunan mencakar langit di sekeliling kota.

Pun begitu, keinginan tersebut nampaknya boleh direalisasikan menerusi satu projek perumahan yang dibina dengan landskap kehijauan yang pastinya dapat memukau pandangan seseorang. Itulah yang ditawarkan oleh Ryan & Miho di Petaling Jaya Seksyen 13 di mana kawasan perumahan yang didirikan dihiasi dengan landskap menghijau.

Green Building Index (Gold)

Dengan rekaan Green Building Index(GBI) (Gold), projek perumahan ini diyakini dapat memberikan keselesaan dan ketenangan kepada penduduk. Apa tidaknya, dengan landskap sekeliling yang dipenuhi dengan tumbuhan hijau, penduduk dapat menikmati suasana seakan di rimba yang boleh melahirkan perasaan tenang.

Ryan & Miho sememangnya dirancang untuk memenuhi kriteria GBI dengan sistem pembuatan yang dibina dengan ketahanan lestari. Seperti yang dikatakan sebelum ini, suasana pembinaan yang dipenuhi dengan kehijauan pastinya boleh menambat hati seseorang apabila mengunjunginya.

Antara gambaran landskap menghijau yang dimaksudkan boleh dilihat menerusi beberapa ilustrasi gambar yang disertakan.


Hubungkan tiga lebuhraya utama

Selain daripada landskap yang menghijau, perumahan ini juga menghubungkan kepada tiga lebuhraya utama yang boleh diakses penduduk dengan mudah. Sememangnya, ia adalah antara faktor penting yang diambil kira sebelum seseorang memiliki rumah.

Apa tidaknya, pergerakan untuk ke sesuatu destinasi adalah lebih mudah sekiranya jalan utama seperti lebuhraya berada berdekatan dengan rumah. Lebuhraya yang dimaksudkan ialah SPRINT, LDP dan Federal Highway.

Tidak dilupakan juga, kawasan perumahan ini turut dihubungkan dengan Linked-Bridge ke Jaya One yang boleh memberikan kemudahan kepada anda. Perkara sebegini sudah pasti dapat memberi kemudahan kepada anda kerana hanya boleh berjalan kaki untuk sampai ke Jaya One.

Seperti yang sedia maklum, Jaya One merupakan pusat komersial yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan perkhidmatan di mana penduduk boleh melakukan aktiviti harian seperti membeli barang-barang keperluan harian, melakukan transaksi di Bank dan bukan setakat itu sahaja, pelbagai lagi perkhidmatan yang disediakan seperti gimnasium, ruang kerja bersama, jualan makanan dan banyak lagi.

Dikelilingi pelbagai pusat kemudahan dalam lingkungan 5KM

Menetap di kawasan yang dipenuhi dengan pelbagai kemudahan boleh dikatakan sebagai salah satu nikmat. Yelah kan, kalau dah semua ada kat sekeliling kita, tak payah dah nak pergi jauh-jauh untuk dapatkan sesuatu.

Gambar: Bernama

Perumahan Ryan & Miho dikelilingi oleh pelbagai pusat kemudahan seperti 6 hospital, 9 pusat membeli belah dan juga lebih 12 universiti dan sekolah antarabangsa. Nak pergi shopping, tak perlu pegi jauh-jauh pun. Semuanya dalam lingkungan 5KM sahaja.

Gambar Hiasan via Google

Antara pusat pengajian yang dimaksudkan ialah seperti Universiti Malaya, Mahsa University, Brickfields Asia College, KDU dan banyak lagi. Manakala, bagi kemudahan lain seperti hospital pula ialah seperti Columbia Hospital, THONEH, UMMC dan Pantai Hospital KL.

Peluang keharmonian bersama penduduk

Antara aspek yang dititikberatkan sebelum memilih rumah adalah sikap jiran-jiran sekeliling. Mempunyai jiran yang baik dan prihatin sememangnya diinginkan oleh semua orang. Menerusi projek perumahan ini, peluang tersebut amatlah cerah kerana kawasan perumahan ini dikelilingi dengan jiran tetangga yang matang. Tiada apa lagi yang perlu dikeluhkan kerana komuniti di perumahan Ryan & Miho pastinya ‘awesome’ boleh mengembirakan anda.

Kawasan kemudahan seluas 2.2 ekar

Untuk memastikan gaya hidup penduduk di perumahan ini kekal positif, terdapat sekitar 2.2 ekar pusat kemudahan yang memberikan manfaat kepada semua penduduk.

Dengan keluasan tersebut, hampir kesemua penduduk dapat memanfaatkan kemudahan seperti gelanggang-gelanggang sukan. Antara yang tersenarai ialah gelanggang futsal, taman permainan, pusat gim, dan tidak terlepas juga kolam renang.

Tidak dilupakan juga, antara yang terpenting dan paling menarik yang ditawarkan di perumahan Ryan & Miho ialah Turkish Hammam & Japanese Hot Bath. Yelah kan dah ada kat kawasan rumah anda, kenapa nak perlu bersusah-payah pergi ke spa-spa yang lebih jauh. Di Ryan & Miho, penduduk boleh menikmati suasana selesa yang disediakan di sini.

Turkish Hammam atau juga dikenali sebagai mandian Turki merupakan varian mandian wap dari Timur Tengah yang boleh dikaitkan dengan sauna. Mandian wap ini bukan sahaja boleh membawa kebaikan kepada kesihatan malah boleh melepaskan tekanan stress, menyahtoksin serta keselesaan bagi tubuh seseorang.

Japanese Onsen pula merupakan mandian air panas yang terkenal di Jepun. Sememangnya Jepun merupakan negara yang aktif gunung berapi, oleh itu terdapat banyak onsen yang tersebar di sekitarnya. Dan yang menariknya, Japanese hotbath ini boleh didapati di Ryan & Miho ala-ala macam di Jepun, di mana penduduk boleh menikmatinya sendiri setelah stress pulang dari kerja mahupun dan pada bila-bila masa. Selain dapat memberikan ketenangan, mandian Japanese hotbath juga bermanfaat untuk mengurangkan sakit otot.

Sememangnya kedua-dua kemudahan yang ditawarkan ini sangat memberi kebaikan kepada kesihatan. Seperti yang dikatakan, penduduk di kawasan perumahan Ryan & Miho tidak perlu pergi ke pusat-pusat spa bagi menikmatinya. Tidak terlepas juga, anda bakal merasai pengalaman suasana “Beautiful Oasis’ apabila mencuba kedua-duanya di perumahan Ryan & Miho.

Apa yang dijanjikan menerusi gabungan kedua-dua personaliti ini ialah keunikan kemudahan yang disediakan. Dengan gabungan kedua-duanya, anda akan dapat menikmati pengalaman badan ‘dibelai’ ketika mandian tersebut di tengah-tengah bandar PJ.

Pemenang Anugerah PembangunanBest Health and Wellness Development

Salah satu faktor yang perlu dilihat oleh seseorang terhadap projek perumahan ini adalah pemajunya memenangi anugerah projek di Petaling Jaya sebagai Pembangunan Kesihatan dan Kesejahteraan Terbaik. Sememangnya, menerusi landskap menghijau dan pelbagai kemudahan yang disediakan, anugerah tersebut sangatlah layak dipadankan dengan projek ini.

Kadar tempahan terendah

Nampak macam mewah, kemudahan semuanya lengkap tapi rasa macam tak mampu je nak tempah awal-awal ?

Jangan risau, pemaju perumahan ini telah melancarkan kempen promosi terbaru yang mana pelanggan boleh menikmati kadar tempahan yang terlalu murah. Dengan hanya RM55 sahaja, pelanggan sudah boleh memastikan rumah pilihan akan menjadi miliknya suatu hari nanti. Tak lupa juga, pelanggan turut menikmati 10x Rewards dan menikmati kadar terendah bagi menempah rumah pilihan mereka.

Jangan tunggu lagi

Macam tak percaya kan, dengan kadar ‘booking’ serendah RM55 pun dah boleh mula miliki rumah idaman. Apa nak tunggu lagi kan. Lagi-lagi golongan-golongan tumpuan seperti pelabur, pembeli rumah pertama dan juga yang sudah berkeluarga. Dengan harga rumah bermula RM550,000, rumah idaman di Petaling Jaya dengan semua kemudahan fasiliti yang disediakan dapat dimiliki.

Jangan tunggu lagi nanti terlepas. Bukan senang nak dapat tawaran macam ni kan. Terus layari laman web Ryan & Miho untuk mengetahui dengan lebih lanjut dan membuat tempahan.

 

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa