Siakap Keli
Gambar sekadar hiasan

“Menantu Takkan Rasa Dia ‘Orang Luar’ Kalau..” Teguran Lelaki Ini Buat Ramai Tersentak

Apabila berkahwin dengan pasangan, banyak perkara yang akan berubah dari segi tanggungjawab mahupun hubungan kekeluargaan.

Kalau dahulu, hidup hanya dipenuhi dengan ahli keluarga sendiri tetapi kini bertambah dengan ahli keluarga pasangan. Setiap baik buruk harus diterima dengan hati yang terbuka.

Namun begitu, sebagai seorang menantu, adakalanya dilayan seperti orang luar. Perkongsian di bawah ini membuatkan ramai tersentak dan membuka mata.

Menantu takkan rasa dia “ORANG LUAR” kalau…

Keluarga mertua dapat menerima dia seadanya diri dia… keluarga mertua dapat menegur dan menasihati dia dgn berhemah sekiranya dia ada buat salah…

Keluarga mertua dapat memberi tunjuk ajar dan bimbingan untuk dia menjadi sebahagian daripada keluarga tersebut…

Bila berkahwin, kita kena anggap keluarga pasangan kita tu sebagai keluarga kita sendiri…

Tapi bagaimana sekiranya keluarga tersebut tidak mahu menganggap menantu itu sebagai sebahagian daripada keluarga mereka…?

Sebenarnya, tuntutan ini perlu datang dari dua pihak, pihak menantu dan pihak keluarga mertua…

Tak boleh hanya satu pihak sahaja yang berusaha memenangi atau memuaskan hati pihak yang satu lagi…

Siapa pun menantu, apa asal usulnya, latar belakang keluarganya, status pelajaran serta pekerjaannya, tidak perlu dijadikan pertikaian atau perbandingan…
Ada menantu yang bekerjaya, ada menantu yang suri rumah sepenuh masa… ada menantu yang mampu menghulurkan wang ringgit, ada menantu yang mampu bagi tenaga…
Tiada keperluan untuk mendouble-standardkan layanan terhadap menantu atau mengata menantu yang tidak sama seperti ‘expectation’ mertua…
Menantu tidak minta dilayan seperti anak kandung, tapi jangan pula melayannya seperti anak tiri…

Kalau salah anak sendiri, mertua sukar untuk mengakui, tapi dipertahankan dan dipalingkan semula salah itu kpd menantu..

Adakah kita seorang ibu bapa yang baik sekiranya kita mempertahankan kesalahan anak kita?

Perbuatan-perbuatan inilah yang menjadikan menantu merasakan dirinya seperti org luar… diadu pada mertua supaya mertua boleh menegur dan menasihati anaknya, balik-balik menantu dipersalahkan…

Bila cuba mengadu pada pasangan tentang sikap adik-beradik pasangan yang suka cakap belakang, respon pasangan,

“Aku kenal adik beradik aku, kau jgn masuk campur urusan keluarga aku…”

Pulak…?

Jadi, kita hanya berkahwin dengan pasangan la kan, dan bukan keluarga pasangan sekiranya kita tidak boleh berkata apa-apa langsung… tak boleh bagi pendapat dan pandangan walaupun ianya untuk kebaikan…

Bukan senang jadi menantu… pandai-pandai la bawa diri bila dah masuk dalam keluarga orang dan jadikan sabar sebagai peneman… dapat mertua yang baik itu rezeki dan rezeki kita tak sama…

Sumber: Firdaus Shakirin

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)