Siakap Keli

“Orang Ramai Perlu Sesuaikan Diri Dengan Norma Baru Kehidupan Seharian” – KP Kesihatan

Berdasarkan kenyataan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di Twitter, fasa keempat akan menyaksikan beberapa kelonggaran dalam kawalan pergerakan secara bertahap dalam beberapa sektor termasuk sektor ekonomi.

Disebabkan hal tersebut, amat penting bagi majikan & pekerja sektor-sektor berikut supaya sentiasa mengamalkan amalan yg betul di tempat kerja masing-masing.

Menurut Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, antara amalan-amalan tersebut seperti:

• Elakkan berada dikawasan yg sesak (crowded space)

• Elakkan berada dikawasan yg tertutup (confined space) secara beramai-ramai pd masa yg sama, spt di ruang makan ditempat kerja

• Kekalkan jarak 1 meter ketika cakap bersemuka dgn orang lain (close conversation)

Orang ramai perlu menyesuaikan diri dengan norma baru dalam kehidupan seharian seperti:

• Patuh kepada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP);

• “Stay at home” kecuali bagi mereka yang bekerja dalam sektor yang dibenarkan serta bagi urusan-urusan penting yang dibenarkan

• Amalan kebersihan diri yang tinggi pada setiap masa dengan kerap mencuci tangan dengan menggunakan air dan sabun; • Amalan jarak sosial selamat (social distancing) iaitu sekurang-kurangnya 1 meter dari orang lain.

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

Adib Mohd

Nur Farra