Siakap Keli

Pemuda Kongsi Cara Matikan Fungsi “Apps History” Dikumpul Di Facebook

“Weh korang, aku ingat nak beli jersilah kat online. Kat mana boleh cari?”

“Ala Google je, tak pun cari kat Shopee ke, Lazada ke, Facebook ke..”

Beberapa minit kemudian, ketika sedang melayari Facebook, muncul begitu banyak iklan jualan baju-baju jersi yang ‘lalu’ di halaman utama, diletakkan sekali ‘sponsored’ sebagai tanda ia adalah iklan berbayar.

Pernahkah anda mengalami situasi seperti ini?

Adakah kita terfikir bagaimana Facebook boleh ‘tahu’ apa yang kita bincangkan sebentar tadi dalam aplikasi WhatsApp?

Seorang pengguna Facebook, Nik Syafiq telah berkongsi tips bagaimana untuk ‘turn off’ segala rekod aktiviti yang ‘dikesan’ oleh Facebook dalam sistem telefon pintar kita.

Facebook rekod semua aktiviti kita di smartphone rupanya?

SEMUA. Ia dipanggil “off-facebook activity”.

Semua apps yang kita guna di smartphone kita, Facebook ada “history”.. termasukkan apps perbankan kita semua..

Macam aku punya ada 144 log di semua apps dan website sejak 30 July 2019.. Fuhhh.. (walaupun aku dah tukar smartphone bulan October 2019 hari tu.)

Kat bawah ni cara-cara untuk DELETE semua history tu dan cara nak TURN-OFF dari Facebook simpan rekod aktiviti kita dan digunakan untuk tujuan lain..

Patut laa sembang pasal sportrim di apps sosial lain pun, berderet-deret “ads sponsored” sportrim kat timeline Facebook ni..

Justeru, mari kita perhatikan langkah untuk padam dan turn off rekod tersebut melalui gambar-gambar tangkap layar (screenshot) ini satu persatu.

Pergi ke bahagian ‘Settings & Privacy’.
Pergi ke ‘Off-Facebook activity’.
Pergi ke ‘Manage your off-Facebook activity’.
Klik pada ‘Clear history’.
Klik pada ‘Clear history’.
Pergi ke ‘More Option’ kemudian klik pada ‘Manage Future Activity’.
Klik pada ‘Manage Future Activity’.
Nampak butang biru ini? Tukarkannya kepada ‘off’.
Klik ‘Turn Off’ di sini.

Mudah bukan?

Selamat mencuba!

Sumber: Nik Syafiq

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.