Siakap Keli

Pernah Dipuji Agong Dan Permaisuri, Anak Tempatan Bangga Lukisan Potret Jadi ‘Cover’ Kotak Kurma Istana Negara Pula

Sebelum ini, seorang pelukis tempatan berbesar hati apabila lukisan potret miliknya menjadi pujian dan perhatian Yang Dipertuan Agong dan Permaisuri Agong.

Ketika itu, Teme Abdullah menghasilkan potret Seri Paduka Baginda berdua sempena Hari Kemerdekaan negara yang ke-62.

Terbaru, sekali lagi dia dikejutkan dengan paparan kotak kurma yang dihasilkan pihak Istana Negara buat para barisan hadapan kita.

Hal ini dikongsi melalui Twitter miliknya.

Rata-rata netizen berbangga dan memuji pencapaiannya.

Sumber: Teme Abdullah

Nur Farra