Siakap Keli
Gambar Via Google

Pesawat Enjin Tunggal Terhempas Di Texas, Seorang Dilaporkan Cedera

Seorang dilaporkan cedera dalam kejadian pesawat terhempas yang berlaku di Texas pada petang semalam, lapor WFAA.

Menurut pegawai Dallas County dan penerbangan,  pesawat enjin tunggal Pilatus PC-12 itu terhempas kira-kira pada pukul 3.35 petang waktu tempatan di dalam sebuah padang berdekatan dengan persimpangan jalan Lawson dan Scyene. Kemalangan itu berlaku berhampiran Lapangan Terbang Mesquite Metro.

Jurucakap Pejabat Sheriff Dallas County, Raul Reyna, berkata mangsa kini dalam keadaan stabil dan nampaknya dia merupakan satu-satunya orang yang berada di dalam pesawat itu.

“Juruterbang melaporkan kehilangan kuasa enjin kepada pengawal lalu lintas udara” sejurus sebelum kemalangan itu”

Pesawat itu berlepas pada jam 3.20 petang dari Lapangan Terbang DFW.

FAA dan lembaga Keselamatan Pengangkutan Nasional akan menyiasat punca kemalangan itu.

Sumber: WFAA

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa