Siakap Keli

“Sampaikan Salam Sayang Pada Daddy,” Dua Bulan Tak Lalu Makan, Kucing Peliharaan Ashraf Sinclair Mati

Ikatan suami isteri yang dibina hampir 12 tahun membuatkan pasangan Bunga Citra Lestari dan Allahyarham Ashraf Sinclair menjadi pasangan yang paling romantis tanpa kontrovesi.

Namun, keluarga ini ditakdirkan untuk berpisah di dunia dan hanya tinggal kenangan manis sahaja.

Kira-kira dua bulan pemergian Ashraf Sinclair, keluarga sekali lagi menerima berita sedih apabila kucing kesayangan arwah menghembuskan nafas terakhir hari ini.

Kucing  yang diberi nama Toni merupakan haiwan peliharaan milik arwah. Hal ini dikongsi sendiri Bunga Citra Lestari melalui Instagram miliknya.

“Kesayangan kami Toni, terima kasih kerana memberi kebahagiaan di rumah kami selama ini. Antara kucing paling pintar di dalam rumah ini. Selalu didukung daddy sambil melihat cicak.

“Aku tahu kamu sudah berjuang untuk menempuh dua bulan ini walau sukar. Dengan apa yang terjadi, membuat kamu tidak lalu makan dan kamu menjadi semakin lemah hari demi hari.

“Namun, kamu seorang pejuang sehingga ke penghujungnya. Berehatlah dengan tenang Toni. Kami sayang kamu. Terima kasih menjadi sebahagian daripada hidup kami.

“Kamu akan dirindui. Sampaikan salam sayang kepada daddy di sana,” menurut kapsyen yang dimuatnaik oleh BCL.

Sumber:  Kompas.com

Aina

Betulkan Yang Biasa , Biasakan Yang Betul

Nur Farra