Siakap Keli
Gambar: IG Eira Syazira

Sepupu Meninggal Ketika Hantar Makanan Kepada Pelanggan, Eira Syazira Mohon Orang Ramai Sedekahkan Al-Fatihah

Peranan penghantar makanan atau rider adalah sangat penting pada ketika ini bagi memenuhi kehendak orang ramai. Mereka juga perlu dianggap sebagai frontliners yang sanggup berkorban tidak kira dalam pelbagai keadaan cuaca dan terkadang perlu menempuh bahaya.

Pelakon popular, Eira Syazira memaklumkan bahawa sepupunya meninggal dunia semasa sedang menghantar makanan kepada pelanggan.

Menerusi laman Instagram awal pagi tadi, Eira memohon kepada orang ramai untuk sedekahkan Al Fatihah kepada sepupunya, Allahyarham Muhammad Fakrul Rozi.

Menurutnya, Allahyarham yang berusia 21 tahun itu sedang dalam perjalanan menghantar makanan ke rumah pelanggan.

Salam takziah kepada seluruh ahli keluarga Eira Syazira dan moga Allahyarham ditempatkan dalam golongan orang yang beriman dan diberikan ganjaran rahmat.

Sumber: Eirasyaziraofficial

Sofea

Iqra'.

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.