Siakap Keli
Gambar: Twitter

SpongeBob Ucap ‘Salam Ramadhan’ Pakai Baju Melayu Cetus Keterujaan Netizen Malaysia

Siapa tak kenal SpongeBob dan Patrick? Pasangan kartun lucu terkenal tinggal di bawah laut ini menjadi kegilaan hampir setiap mereka yang pernah menjadi kanak-kanak. Malah, ada juga remaja dan orang dewasa yang masih menonton siri ini sebagai hiburan.

Terbaru, kedua-dua kartun ini mencuri tumpuan orang ramai khususnya umat Islam di seluruh dunia terutamanya Malaysia apabila mengucapkan selamat menyambut Ramadhan dengan memakai persalinan baju Melayu lengkap bersampin.

Tweet tersebut telah mendapat lebih 317 ribu tanda suka dengan lebih 173 ribu ulang kicau di laman berkenaan.

“Mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan untuk semua.”

Comel menggayakan baju Melayu hijau dan merah lengkap bersampin, netizen Malaysia menzahirkan keterujaan dan berterima kasih atas ingatan yang diberikan.

Ramadhan Mubarak SpongeBob

Buat pertama kalinya, ia bukan Arab

Baju Melayu + sampin = Malaysia

Al-SpongeBob ibn SquarePants

Saudara SpongeBob, selamat datang kepada Islam

SpongeBob SquareSampin

Sumber: Official SpongeBob SquarePants

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.