Siakap Keli

Tempoh Berpuasa Di Seluruh Dunia, Norway Antara Paling Lama Sehingga 20 Jam Sehari

Umat Islam di seluruh dunia telah memulakan sesi ibadah berpuasa di bulan Ramadan pada hari ini.

Seperti yang kita maklum, tempoh masa berpuasa adalah bermula dari terbit fajar (Subuh) sehingga tenggelam matahari (Maghrib).

Namun, tidak semua negara di dunia mempunyai jangka masa yang sama kerana faktor lokasi negara yang berbeza.

Infografik: Aljazeera

Menurut laporan Aljazeera, pada Ramadan tahun lepas, tempoh berpuasa harian adalah kira-kira selama 11 jam hingga ke 20 jam sehari, bergantung kepada lokasi negara.

Dan pada tahun ini, tempoh tersebut masih kekal sama kerana matahari terbit dan terbenam sedikit lebih awal setiap hari, jumlah jam berpuasa dalam Ramadan juga berubah beberapa minit sepanjang bulan.

Pada akhir bulan, beberapa hari (waktu siang) akan sedikit panjang berbanding pada awal bulan, berlaku di sesetengah negara dan ada yang sedikit pendek di negara lain.

Berikut adalah senarai tempoh masa berpuasa yang berbeza bagi beberapa negara di seluruh dunia.

– Nuuk, Greenland: 20 jam

– Oslo, Norway: 20 jam

– Helsinki, Finland: 20 jam

– Stockholm, Sweden: 19 jam

– Berlin, Germany: 19 jam

– Ottawa, Canada: 17 jam

– Copenhagen, Denmark: 18.5 jam

– Warsaw, Poland: 18.5 jam

– London, UK: 18.5 jam

– Nur-Sultan, Kazakhstan: 18.5 jam

– Brussels, Belgium: 18 jam

– Zurich, Switzerland: 18 jam

– Bucharest, Romania: 17.5 jam

– Moscow, Russia: 17 jam

– Paris, France: 17 jam

– Rome, Italy: 17 jam

– Kabul, Afghanistan: 17 jam

– Madrid, Spain: 16.5 jam

– Lisbon, Portugal: 16.5 jam

– Athens, Greece: 16.5 jam

– Beijing, China: 16.5 jam

– Washington, DC, US: 16 jam

– Pyongyang, North Korea: 16.5 jam

– Ankara, Turkey: 16.5 jam

– Tokyo, Japan: 16 jam

– Rabat, Morocco: 16 jam

– Islamabad, Pakistan: 16 jam

– Tehran, Iran: 16 jam

– Baghdad, Iraq: 16 jam

– Beirut, Lebanon: 16 jam

– Damascus, Syria: 16 jam

– Cairo, Egypt: 15.5 jam

– Jerusalem: 15.5 jam

– Kuwait City, Kuwait: 15.5 jam

– Gaza City, Palestine: 15.5 jam

– New Delhi, India: 15 jam

– Hong Kong: 15 jam

– Dhaka, Bangladesh: 15 jam

– Muscat, Oman: 15 jam

– Riyadh, Saudi Arabia: 15 jam

– Doha, Qatar: 15 jam

– Dubai, UAE: 15 jam

– Khartoum, Sudan: 14.5 jam

– Aden, Yemen: 14 jam

– Addis Ababa, Ethiopia: 14 jam

– Colombo, Sri Lanka: 14 jam

– Bangkok, Thailand: 14 jam

Kuala Lumpur, Malaysia: 13.5 jam

– Singapore: 13.5 jam

– Luanda, Angola: 13 jam

– Jakarta, Indonesia: 13 jam

– Nairobi, Kenya: 13 jam

– Brasilia, Brazil: 12.5 jam

– Harare, Zimbabwe: 12.5 jam

– Pretoria, South Africa: 12 jam

– Wellington, New Zealand: 11.5 jam

– Buenos Aires, Argentina: 11.5 jam

– Cape Town, South Africa: 11.5 jam

– Canberra, Australia: 11.5 jam

– Santiago, Chile: 11.5 jam

Sumber: Aljazeera

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.