Siakap Keli

TERKINI: Kemaskini Harga Runcit Petrol Mulai 25 April Sehingga 1 Mei

KUALA LUMPUR, 24 April –Kementerian Kewangan Malaysia pada hari ini telah mengemas kini harga runcit bagi produk petroleum untuk tempoh 25 April sehingga 1 Mei 2020.

Menerusi satu perkongsian yang dinyatakan melalui akaun Twitter rasminya, harga minyak diesel dilaporkan turun sebanyak 3 sen.

Harga runcit petrol RON95 dan RON97 masing-masing kekal RM1.25 dan RM1.55 seliter bagi tempoh 25 April sehingga 1 Mei ini.

Harga runcit diesel pula turun tiga sen seliter kepada RM1.40.

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan harga berkenaan berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

“Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” kata kenyataan itu.

Sumber: BERNAMA

Aina

Betulkan Yang Biasa , Biasakan Yang Betul