Siakap Keli

(Video) Hikmah Dikuarantin, Kluster Pelajar Temboro Dapat Dirikan Solat Tarawih Berjemaah

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Ramadan kali ini adalah Ramadan yang sangat berbeza berbanding tahun-tahun sebelumnya kerana kita tidak dapat lagi menikmati suasana ‘kemeriahannya’.

Arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan adalah kerana demi menjaga keselamatan awam di sebalik pandemik COVID-19 yang sedang menular.

Maka malam tadi, bermulalah sesi ibadah Ramadan kita dengan aktiviti-aktiviti ibadah seperti solat sunat Tarawih, bertadarus Al-Quran dan sebagainya.

Namun kita hanya mampu lakukannya di rumah sahaja kerana masjid dan surau di seluruh negara terpaksa ditutup ekoran pelaksanaan PKP.

Bagaimanapun, kekangan tersebut tidak dirasai oleh sekumpulan anak muda daripada kluster pelajar yang pulang dari Temboro, Indonesia baru-baru ini di mana kini mereka sedang menjalani tempoh kuarantin.

Insan-insan terpilih ini sebaliknya berpeluang menikmati salah satu ibadah ‘tunjang’ Ramadan iaitu solat sunat Tarawih secara berjemaah di wad kuarantin sejurus malam pertama Ramadan bermula.

Rakaman video yang berdurasi 1 minit 2 saat tersebut telah dikongsi oleh seorang warga Facebook, Abu Khaleef melalui halamannya baru-baru ini.

MALAM PERTAMA RAMADHAN DALAM WAD COVID-19 KLUSTER PELAJAR TEMBORO.

MasyaAllah.. kalau macam ni lah keadaan wad pesakit Covid-19, insyaAllah dalam bulan Ramadhan ni kita akan menyaksikan peningkatan kadar kesembuhan yang tinggi dan yang lebih hebat lagi hujan hidayat dan rahmat akan turun mencurah-curah kepada seluruh rakyat Malaysia.

Baru kejap tadi dapat berita gembira dari sahabat saya, pelakon dan pelawak malaysia, Tai Apecelop Toq Taibloods TaiyuddinBakar Full berkenaan seorang jururawat wanita non-muslim yang baru sahaja selamat mengucapkan kali syahadah gara-gara terkesan melihat pesakit Covid-19 yang beragama Islam.

Katanya dia kagum melihat sikap positif yang ada pada orang Islam kerana kebergantungan mereka kepada Tuhan. Mereka tidak terkesan dengan virus Covid-19 tapi mereka hanya terkesan dengan Allah swt. Inilah yang membuatkan wanita tersebut dapat merasakan agama Islam adalah agama yang sempurna.

Sungguh Islam itu indah. Andai Islam itu hadir dalam kehidupan umat Islam, pasti sesiapa sahaja yang melihat dan mengenali umat Islam akan terkesan dan membenarkan Islam. Sebab itulah penting untuk kita umat Islam sentiasa berusaha untuk menyempurnakan iman dan amal masing-masing agar setiap gerak geri kita menjadi asbab hidayat.

InsyaAllah kita sama-sama azam untuk hidupkan Islam di mana saja kita berada.. ☝️

#RamadhanKareem
#AbuKhaleef

Perkongsian video solat Tarawih tersebut telah mengundang rasa sebak dan sedih dalam kalangan warganet.

Kata mereka, rasa ‘sejuk’ di hati apabila melihat anak-anak muda ini terpilih untuk berpeluang mendirikan solat sunat tersebut secara berjemaah di sana.

 

Sebenarnya, jika direfleksikan semula, ada dua nasib yang berbeza antara kita di rumah ini dengan mereka yang dikuarantin di sana.

Walaupun kita sekarang berada dalam keadaan sihat tanpa perlu dikuarantin di wad, tapi kita belum (mungkin tidak) untuk berpeluang mendirikan solat sunat Tarawih secara berjemaah di masjid, seperti kebiasaannya.

Namun, berbeza dengan mereka.

Meskipun mereka sedang diuji dengan risiko kesihatan dan terpaksa ditahan di wad kuarantin, di sebalik kesusahan itu Allah turunkan peluang yang terbuka luas untuk mereka bersama-sama mendirikan ibadah tersebut secara berjemaah – biarpun dalam keadaan berjaga-jaga; solat dalam keadaan jarak.

Apabila melihat dua perbandingan ini, teringat pada kata-kata Ustaz Ebit Lew;

“Saudaraku, di sebalik ujian, ada rahmat..”

Semoga Allah mengurniakan kesihatan buat mereka di sana.

Terima kasih saudara Abu Khaleef atas perkongsian video ini.

Sumber: Abu Khaleef

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.