Siakap Keli

(Video) ‘Rider’ GrabFood Gigih Redah Banjir Dengan Motosikal Buat Ramai Tersentuh

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Permintaan untuk penghantaran makanan sejak kebelakangan ini boleh dilihat semakin tinggi susulan daripada perintah kawalan pergerakan (PKP) yang dilaksanakan kerajaan bagi membendung penularan wabak pandemik virus Covid-19.

Selepas sahaja PKP ini dilaksanakan, orang ramai yang hendak keluar untuk membeli barangan keperluan harian dinasihatkan supaya memilih perkhidmatan atas talian ini bagi mengelakkan diri daripada risiko dijangkiti virus maut tersebut.

Justeru daripada itu, rata-ratanya daripada kita baru dapat melihat tentang betapa besar dan pentingnya tugas seorang penghantar makanan ini kepada masyarakat. Walaupun berpanas terik, hujan, lapar dan dahaga, golongan mereka ini tetap akan melaksanakan tugas mereka seperti yang telah dipertanggungjawabkan.

Menerusi satu perkongsian video yang dirakam sendiri oleh pengguna Twitter bernama @WongZaff ketika dia sedang membuat penghantaran sumbangan, kesungguhan dan kecekalan semua ‘riders’ dapat diterjemahkan melalui video yang telah tular di media sosial ini.

Video yang berdurasi selama 14 saat itu nampaknya telah membuatkan ramai dalam kalangan warga Twitter yang tersentuh. Malah, ada juga yang mendoakan kehidupan ‘rider’ tersebut pada masa akan datang.

Sumber: Twitter

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.