Siakap Keli
Gambar: Daily Mail

(Video) Udara Dan Air Yang Lebih Bersih, Ribuan Flamingo ‘Banjiri’ Tasik Di Mumbai

Disebabkan oleh kurangnya pencemaran dan aktiviti manusia serta ditambah lagi dengan air dan udara yang bersih, ribuan burung flamingo merah jambu dirakam sedang berkumpul di sebuah sungai di Mumbai, lapor Daily Mail.

Gambar: Daily Mail

Video yang dirakam daripada apartment di Nerul yang menghadap sebuah anak sungai  di Navi Mumbai itu menyaksikan lebih daripada 150,000 burung-burung yang cantik berkumpul pada 20 April lalu.

Ahli-ahli alam sekitar berkata bahawa walaupun kesemua flamingo itu sememangnya bermigrasi ke kawasan itu setiap tahun namun bilangannya dilihat lebih tinggi pada tahun ini.

Mereka percaya bahawa air dan cuaca yang bersih menjadi kesan sampingan yang positif akibat daripada pelaksanaan perintah berkurung pada ketika ini.

Menurut Nathuram Kokare of Thane Creek Flamingo Sanctuary, penduduk-penduduk dapat melihat jumlah flamingo yang luar biasa di sekitar Mumbai kerana kurangnya pencemaran air dan udara serta peningkatan kualiti alga yang menjadi makanan utama mereka.

Gambar:Daily Mail

Media tempatan, The Print, melaporkan bahawa Bombay Natural History Society telah meramalkan bahawa sebanyak 25 peratus lagi burung yang berhijrah berbanding tahun lalu.

Flamingo biasanya berhijrah ke Mumbai pada bulan Oktober hingga Mac dari Rann of Kutch di Gujarat dan Tasik Sambhar di Rajasthan bahkan sehingga ke Pakistan, Afghanistan, Iran dan Israel.

Perintah berkurung di India telah diumumkan oleh Perdana Menteri, Narendra Modi pada 24 Mac yang lalu.

Sumber: Daily Mail

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa