Siakap Keli
Foto: Cikgu Syikin Zahir

Cikgu Ini Ajar Cara Uruskan Kain Baju Menimbun, 10 Minit Pun Boleh ‘Settle’

Dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini adalah waktu yang sesuai untuk satu keluarga menolong antara satu sama lain mengemas rumah atau mempelajari sesuatu yang berfaedah bersama.

Tidak dinafikan dalam pengurusan aktiviti harian di rumah, terdapat satu rutin yang kurang digemari oleh kebayakan daripada kita tak mengira wanita mahupun lelaki dari peringkat umur paling kecil hingga dewasa iaitu melipat pakaian.

Ya, rutin tersebut dilihat seperti tidak sukar, namun apabila pakaian yang diangkat dari jemuran dan dilonggokkan pada satu tempat sehingga menggunung pasti proses melipat pakaian akan tertangguh terutamanya apabila seorang sahaja yang ditugaskan untuk melipat pakaian tersebut.

Jadi, sekarang ini anda jangan risau sebab ibu anak empat ini telah berkongsi cara untuk mengatasi pakaian tidak menggunung tinggi. Cara ibu ini sangat sistematik dan terurus. Ini juga boleh dijadikan sebagai salah satu aktiviti dalam tempoh PKP ini. Ibu-ibu boleh ambil idea ini.

Mak-mak je memahami situasi gini…

So seperti yang cikgu janjikan, cikgu nak kongsi cara cikgu setelkan baju bajan anak-anak 4 orang tu. Secara purata untuk seorang anak akan menyumbang minimum 3 pasang seorang sehari. Baju tido, baju sekolah, baju lepas balik sekolah. Kita andaikan 12 pasang sehari.

Tapi kalau mak tangguh seminggu lipat kain.. Haaa.. Kira.. Kira.. Kan bertimbun jadiknya. Ni semua akan mengganggu mental dan emosi mak-mak kan? Nanti mulalah stress, nak marah, penat bertingkat-tingkat, sakit mata dan hati. Hiii… (mak-mak je memahami situasi gini).

Langkah 1

  • Sediakan bakul untuk setiap anak
  • Tulis nama di bakul so anak tahu itu bakul siapa
  • Jangan beli bakul besar-cari yang sederhana aja.. Makin besar bakul, kecenderungan untuk “nanti la lipat” akan menggunung jua.. Kikiki

Kalau kita tak sempat nak lipat pon, lebih senang dan cepat kita nak buat carian baju untuk anak-anak.

Percaya tak, Bagi setiap bakul tu, masa yang diambil untuk melipat tak sampai 10 minit pon.

Kenapa?

    • Secara psikologi, nampak sikit baju dalam tiap 1 bakul. Sejooook hati mak nak melipat. Permainan emosi kat situ.
    • Pengkhususan: pantas sebab senang nak cari pairing baju tu. Dah lipat boleh letak setempat sebab kita lipat baju orang yg sama. Ini semua menjimatkan MASA.  
    • Dan sekiranya kita perlu tinggalkan kerja melipat, kita tau berapa bakul yg belum dilipat. Daripada 4 bakul, tinggal 2.sekali lagi.. PSIKOLOGI.. kita nampak jumlah baju nak dilipat makin kurang.  
    • MOTIVASI. Yes, tinggal satu bakul je belum lipat? Maka lebih semangat nak melipat, berbanding lipat satu bakul tinggi menimbun, mak stress nampak banyakkkkk nau nak lipat!!!

Mak-mak ni banyak bermain dengan mental dan emosi kan..

Last, cara kita susun baju dalam almari anak. Cara ni pon cikgu jumpa dalam Facebook.. Lama dah. Bagus sangat. Dulu susun bertindih.

Sekarang dah pandai susun gini, anak-anak pun senang nak pilih baju sendiri. Dan takda kes bila ada baju nak pakai, tau-tau dah tak muat. Lama sangat dalam almari dok lapis paling bawah.

Yang ni je cikgu susun berlapis. Hero 3 orang tu banyak baju yang seragam. Mana yang seragam je cikgu susun berlapis gini.  Nak pakai seragam, tarik je. Takya bukak sampai 3 laci.. Kan.. Kan..  

So itu aje tips yang cikgu nak kongsi memandangkan cikgu setel segala menda sorang diri, takda bibik, anak 4, keja opis hour, shaklee 24jam.

Emosi pon tak terganggu.  Kita jadi mak-mak yang sistematik aje.  Esok p la beli bakul. Kikikiii.. Itupun kalau tips ni sesuai dengan puan-puan.  Tips dari mak kepada mak.

 

Sumber: Cikgu Syikin Zahir

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)