Siakap Keli

(Video) Rakaman Siput Sedut ‘Larikan Diri’ Sampai Nak Cecah Siling Buat Ramai Berdekah

Semenjak kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ramai diantara kita yang cuba mengisi waktu lapang di rumah mencuba resipi-resipi tular di media sosial.

Di samping dapat mengisi waktu lapang, perkara tersebut juga dilihat boleh mengeratkan hubungan antara ahli keluarga, mengasah skill memasak dan sebagainya.

Baru-baru ini, Tan Sri Muhyiddin Yassin ada menyatakan tentang satu group di Facebook yang bernama Masak Apa Tak Jadi Hari Ini. Pelbagai gambar dan video memaparkan masakan-masakan yang tidak menjadi dikongsikan oleh warganet untuk tujuan hiburan.

Namun begitu, dalam banyak-banyak perkongsian yang dikongsi oleh warganet, terdapat satu video yang agak menarik perhatian.

Sebuah video yang dikongsi oleh Ong BC menerusi group Masak Apa Tak Jadi Hari Ini telah membuatkan ramai warganet terhibur.

Sebuah video yang memaparkan kejadian siput ‘melarikan diri’ telah menjadi tular dan bahan hiburan warganet di media sosial Facebook.

Siput-siput tersebut mungkin merupakan hidangan yang bakal disajikan. Namun, sebelum ianya menjadi hidangan, ia sempat mengambil keputusan untuk cuba ‘menyelamatkan diri’ sejauh yang mungkin.

Hasil daripada itu, ada yang sempat sampai ke dinding, siling dan sebagainya.

Video yang berdurasi selama 13 saat itu telah menjadi tular dan sehingga kini telah dikongsi sebanyak 11 ribu kali oleh warganet di Facebook.

Warganet yang terhibur dengan video berkenaan bertindak memenuhi ruangan komen pada video tersebut. Antara komen-komen yang dapat dilihat adalah seperti berikut:

Sumber: ong BC via MATJHI

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa