Siakap Keli
Gambar: Taufiq Razif

“Penting Kat Mana…?,” Dr Nasihat Para Suami Layan ‘Stress-Reliever’ Untuk Isteri Rasa Gembira

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Dalam sesebuah rumahtangga, suami dan isteri perlu sentiasa mempunyai sikap toleransi dan menjaga perasaan masing-masing agar tidak menimbulkan permasalahan yang besar.

Tidak dapat dinafikan bahawa, golongan isteri terkadang mempunyai perangai dan pemikiran yang tidak dijangka namun itu bukan menjadi alasan untuk para suami mengabaikan perasaan mereka.

Menerusi kiriman Dr Taufiq Razif di Facebook, beliau menyeru agar para suami menghargai isteri yang telah berpenat lelah dengan melayan kehendak mereka walaupun terkadang ada yang dirasakan tidak masuk akal.

“Buat apa beli selipar ikan ni sayangku oii”

Mula mula rasa geram juga. Sebelum ni isteri saya kata nak shopping barang yang penting penting je di Shopee tu tapi eh sampai kat rumah selipar ikan gini.

Penting kat mana selipar ikan gini?

Tapi rasa geram tu tiba tiba bertukar jadi rasa sayu pula bila saya teringat balik ekspresi wajah si dia yang penuh ceria bila abang posmen bagi bungkusan shopee tu kat dia.

Sebiji macam ekspresi wajah budak budak yang dapat mainan paling dia idamkan! Boleh rasa macam hati si dia melompat lompat gitu.

Selama PKP di rumah mertua ni jarang si dia berehat sebenarnya. Dah la menantu sulung keluarga pula tu. Ada mertua nak dijaga dan ada anak dan suami yang selalu mintak perhatian daripadanya.

Sedikit sebanyak stress tu tetap ada. Jadi jika pembelian ni boleh buat si dia happy, saya sebagai suami tutup sebelah mata je lah kerana saya tahu ianya adalah Stress-Reliever bagi si dia. Saya ingat lagi pesan Ustaz Azhar Idrus dalam satu ceramahnya, katanya ” benda ni mainang puang. Doh nok wat guane ke dia ”

Saya ingat juga pesan sorang sahabat saya yang juta seorang Jutawan. Katanya begini “kalau bukan isteri kita, siapa lagi nak habiskan duit kita”. Tapi saya tengok tak habis habis pun duit dia. Makin bertambah Jutawan ada lah. Sebab mungkin dia tahu rahsia bahawa dalam pendapatan suami, ada bahagian rezeki untuk si isteri.

Belilah sayang. Masukkan apa pun dalam ‘cart’ shopeemu sayang. Asalkan tak keterlaluan, asalkan ia membuatmu bahagia dan ceria akan abang tutup sebelah mata sahaja.

Kita tak tahu, kadang benda simple di mata suami ni, boleh jadi benda yang paling membahagiakan di mata isteri.

Taufiq Razif
Suka pura pura tidur jika isteri ajak tengok akaun Shopee dia

Sumber: Taufiq Razif

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa