Siakap Keli

Wanita Lahirkan Anak Dalam Kereta Ketika Suaminya Memandu Ke Hospital Sambil Dikejar Polis

Seorang jururawat selamat melahirkan anaknya dalam kereta ketika dalam perjalanan menuju ke hospital sambil dikejar oleh pihak polis gara-gara kereta yang dipandu suaminya itu melebihi kelajuan yang ditetapkan.

Marie Head, 40, telah berjaya melahirkan seorang bayi perempuan di tempat duduk penumpang kereta Ford Fiesta mereka.

Hubby llian, 43, yang memandu kereta tersebut dilaporkan mula dikejar oleh pihak polis selepas dia melanggar lampu isyarat.

Polis mengekori mereka kereta pasangan tersebut sejauh 10 batu sehinggalah kereta mereka itu akhirnya memasuki kawasan Hospital St Michael di Bristol.

Seterusnya, pegawai polis yang mengekori kereta mereka itu bertindak menyekatnya daripada meneruskan perjalanan.

Ilian melangkah keluar dari kereta dengan penuh berhati-hati sambil tangan diletakkan di belakang kepada dan menjerit: “Isteri saya baru saja bersalin.”

Marie menyatakan:“Ilian perlu membawa kami ke hospital secepat yang mungkin. Disebabkan itulah dia terpaksa memandu dengan kelajuan 90mph, dan dia sedar terdapat polis yang sedang mengejar kereta kami.”

Pasangan yang berasal daripada Yatton, Bristol itu terpaksa juga melanggar perintah berkurung pada Ahad untuk membawa Marie ke hospital kerana dia sudah mengalami kontraksi. Mereka juga tidak mempunyai pilihan lain selain terpaksa membawa anak mereka bernama Sofia yang berusia dua tahun bersama mereka pada hari tersebut.

Marie, yang bekerja di Bristol Southmead Hospital memberitahu kepada The Sun: “Saya sedang berbual bersama rakan saya melalui aplikasi Zoom sebelum saya mula merasakan kontraksi yang kuat.

“Tidak lama kemudian saya terfikir, ya Tuhan, saya perlu mula meneran.

“Ilian telah menelefon ambulans pada awalnya, namun kami memilih untuk terus ke hospital menaiki kereta.

“Dia cuba untuk memandu secepat yang mungkin.

“Pada masa yang sama dia juga turut berusaha untuk memastikan anak perempuan kami yang duduk di belakang supaya kekal tenang.

“Dia kelihatan terkejut dan seakan tidak percaya apa yang berlaku.

“Ketika bayi saya selamat dilahirkan, saya berasa sangat lega dan bersyukur.

“Ianya adalah saat yang penuh keajaiban. Saya berjaya melahirkan seorang bayi ketika kami sedang dikejar oleh pihak polis dan memecut laju untuk ke hospital.

“Pada mulanya kami memotong sebuah van polis, Ilian mula membunyikan hon dan menyalakan lampi tinggi untuk memberi isyarat supaya van tersebut memberi laluan kepada kami.

“Beberapa minit kemudian kami telah melanggar sebuah lampu isyarat dan melewati sebuah kereta polis lain. Ketika itulah mereka mula mengejar kami.

“Ilian terus membunyikan hon keretanya supaya pengguna jalan raya yang lain memberikan laluan kepadanya.”

Anak kedua-dua pasangan itu selamat dilahirkan dengan berat 7lb 5oz.

Kata Ilian: “Apa yang bermain di fikiran saya pada masa itu hanyalah untuk sempat sampai ke hospital sahaja.

“Saya sedar polis sedang mengejar saya di belakang tetapi saya langsung tidak ambil peduli, apa yang saya peduli pada ketika itu hanyalah Marie dan anak saya sahaja.”

Jurucakap Polis Avon dan Somerset berkata: “Pegawai yang melakukan rondaan mengenal pasti sebuah kereta dengan lampu kecemasan terpasang pada kira-kira jam 5.25pm waktu tempatan.

Sumber: The Sun

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa