Umum mengetahui, masalah ketagihan porno ini adalah satu ‘wabak’ yang telah meruntuhkan sahsiah manusia sejak sekian lama.
Dari yang dewasa hingga ke kanak-kanak, ia langsung tidak mengenal usia sekalipun jantina.
Mungkin bagi golongan dewasa yang ingin berubah untuk kembali ke pangkal jalan, ada banyak kaedah sosial yang boleh diamalkan dalam langkah mencegah ketagihan lebih melarat.
Namun, bagaimana pula dengan kanak-kanak?
Benarkah mereka di usia seawal itu lebih cepat ketagih dan sempatkah untuk memberhentikan mereka?
Isu ini telah dibahaskan oleh seorang penceramah bebas yang lebih dikenali sebagai ‘penceramah budak sekolah’, iaitu Akhi Fairuz Al-Jengkawi melalui perkongsian di Twitternya baru-baru ini.
Beberapa hujah yang dinyatakan adalah langkah awal yang boleh digerakkan khususnya bagi ibu bapa dalam usaha menyelamatkan anak mereka dalam kadar segera.
Mari kita baca bebenang ini satu persatu.
Ada 2 perkara yg saya risaukan selalu.
1. Kanak2 yang dah mula ketagih porn seawal usia muda
2. Org dewasa yg ketagih porn samada masih bujang atau dah berkahwinUtk org dewasa, mrk boleh faham jika guide utk berhenti atas faktor kesihatan, fisiologi & tindakan.
Tp kanak2? https://t.co/mcwr09NpB3
— Akhi Fairuz Al-Jengkawi (@akhifairuz_) April 26, 2020
Jika anak baru terjebak masih lagi ok untuk dinasihati.
Tapi kalau dah ketagih di usia 11 tahun begini?
Apa lagi yang boleh dibuat? Sebat dgn tali pinggang sampai berbirat?
Hentak kepala dia kat dinding?
Halang guna phone terus?
Percayalah ckp sy, ia tak akan berkesan.
— Akhi Fairuz Al-Jengkawi (@akhifairuz_) April 26, 2020
Porn itu virus, the new drug. Bila tengok sekali, akan tengok lagi. Ia effect pada otak. Sy pernah tweet beberapa kali pasal benda ni. Hormon dopamine yg kerap dirembeskan ketika tgok porn akan menjejaskan aktiviti seharian, lesu, mudah penat. Apatah lagi sekali pakej masturbate.
— Akhi Fairuz Al-Jengkawi (@akhifairuz_) April 26, 2020
Hukuman atau denda fizikal kpd kanak2 yg dah ketagih porn takkan berkesan. Dia akan berhenti sekejap, tp end up akan tengok lagi bila jumpa kawan.
Lebih malang, ada parents nak hantar anak ke tahfiz.
Tu bkn nak selesaikan mslh, tu lari dr masalah. Habis kwn2 dia di tahfiz nnt.
— Akhi Fairuz Al-Jengkawi (@akhifairuz_) April 26, 2020
Cadangan yg terbaik adalah anak perlu dibawa bertemu psikiatris kanak-kanak.
Kena jalani rawatan secara berkala.
Ketagihan begini bukan benda biasa. Ia akan membawa kepada hal yang lebih besar. Sbb dr kecil kan.
Paling sy takutkan dia akan lampiaskan nafsu pd kawan, lelaki.
— Akhi Fairuz Al-Jengkawi (@akhifairuz_) April 26, 2020
Sebab itu pentingnya sex education. Ia dpt mencegah sblm benda ni berlaku.
Bila dr awal parents dah educate apa itu private part, safe touch bad touch, fungsi penis, testis, erection, sperm, uterus, vagina, persenyawaan dll, maka anak akn tahu semua bab parents ambil peduli.
— Akhi Fairuz Al-Jengkawi (@akhifairuz_) April 26, 2020
Tak ada sebab lagi utk anak merujuk kawan bila berbicara topik seks.
Tak ada sebab lagi utk anak layari porn dan belajar darinya.
Buat apa semua tu kalau dari kecil mak bapak dah cerita semua?
Jika dia tertengok porn pun, pasti dia akan maklum pada parents dan say sorry.
— Akhi Fairuz Al-Jengkawi (@akhifairuz_) April 26, 2020
Utk remaja & org dewasa yg ketagih porn, rugi sangatlah kalian tak jadikan Ramadan ni utk mula berhenti.
Siang hari kita tak makan, tak minum. Walhal bkn org lain nampak pun. Tp latihan dr kecil membuatkan kita jujur ketika berpuasa. Itulah taqwa. Tahu yg Allah Maha Melihat.
— Akhi Fairuz Al-Jengkawi (@akhifairuz_) April 26, 2020
Idea inilah yg patut ada pada semua. Sentiasa tanamkan mindset Allah melihat apa yang aku buat. Baik di siang hari, atau malam hari.
Bertaubat, minta Allah bantu utk berhenti dari buat maksiat.
Bak kata Ustaz Ebit, Allah syg kita.
Tp kita kdg2 yg tak syg diri sendiri.
— Akhi Fairuz Al-Jengkawi (@akhifairuz_) April 26, 2020
Selain cara di atas, terus berniat utj berhenti hingga 90-120. Bahagian otak yg rosak akibat porn akan kembali pulih, sedikit demi sedikit.
Kau kuat!
— Akhi Fairuz Al-Jengkawi (@akhifairuz_) April 26, 2020
Jemput baca : https://t.co/Es65Dljxsw
Jemput tonton : https://t.co/RnqYJHmQ9y
— Akhi Fairuz Al-Jengkawi (@akhifairuz_) April 26, 2020
Dalam Al-Quran juga ada menyatakan, Allah berpesan melalui firmannya dalam Surah Al-Isra’ ayat 32;
وَلَا تَقْرَبُوا الزِّنَا ۖ إِنَّهُ كَانَ فَاحِشَةً وَسَاءَ سَبِيلًا
Maksudnya:
“Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).”
Semoga kita dan anak-anak kita terhindar daripada ujian syahwat yang keji ini.
Sesungguhnya, porno itu membinasakan.
Sumber: Twitter