Siakap Keli

Bumi Dijangka Dihampiri Asteroid Pada Jarak Selamat Pada 29 April Ini- Planetarium Negara

Sebuah asteroid berukuran antara 1.8 kilometer hingga 4.1 kilometer dijangka akan menghampiri Bumi pada 29 April ini.

Maklumat itu telah dikongsikan Planetarium Negara di laman Facebook mereka pada petang tadi.

“Asteroid 1998 OR2 hampiri bumi pada 29 April 2020. Asteroid bersaiz antara 1.8 hingga 4.1 kilometer itu akan menghampiri Bumi pada jarak yang selamat, 6.3 juta kilometer iaitu lebih daripada 16 kali jarak Bumi ke Bulan,” tulis laman itu.

Berdasarkan laporan Live Science pula, asteroid ini dikatakan cukup besar untuk mengancam peradaban manusia. Namun, tiada apa yang perlu dibimbangkan kerana ia tidak akan melanggar Bumi disebabkan asteroid berkenaan melintas pada jarak yang jauh dari Bumi.

Tambah portal itu, Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) telah mengesan banyak asteroid yang menghampiri Bumi namun meramalkan ia tidak membawa mudarat kepada Bumi pada masa hadapan.

Info@Planetarium 4. Asteroid 1998 OR2#Astronomi#StayHome#Planetariumnegara

Posted by Planetarium Negara on Sunday, 26 April 2020

Sumber: Planetarium Negara, Live Science

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.