Siakap Keli
Gambar: Google/Zan Zafirah Zainal

IKEA Dedah Resepi Terkenal Bebola Daging, Boleh Buat Sendiri Di Rumah

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Bagi penggemar meatball atau bebola daging, berita baik untuk anda kerana salah satu resepi hidangan bebola daging yang cukup terkenal di IKEA telah didedahkan.

Disebabkan keadaan sekarang yang menggalakkan kita untuk sentiasa berada di rumah, pihak IKEA telah mengeluarkan resepi penghasilan meatball yang boleh dilakukan sendiri.

Berikut perkongsian Zan Zafirah Zainal di laman sosial Facebook bagi resepi hidangan meatball IKEA.

Gambar: Zan Zafirah Zainal

Resepi ni beliau dapat dari official page IKEA Australia. Ada beberapa perubahan yang dibuat oleh Zafirah:
1) Tak guna pork mince (daging babi). Hanya beef mince sahaja 750g.
2) Tak guna vegetable stock dan beef stock. Gantikan dengan 2 kiub pati daging dan 300ml air.
3) Untuk soy sauce (kicap), saya guna kicap lemak manis.

Bagi mereka yang tidak dapat baca resepi dalam gambar, berikut ialah resepi yang Zahirah sertakan:

Bebola Daging

  • 750g daging cincang
  • 100g serbuk roti
  • 1 biji bawang besar – cincang halus
  • 1 ulas bawang putih – cincang halus
  • 1 biji telur
  • 5 sudu besar susu full cream
  • Garam dan lada hitam

Cream Sauce

  • 40g mentega
  • 40g tepung gandum
  • 2 kiub pati daging
  • 300ml air
  • 2 sudu kecil kicap lemak manis
  • 1 sudu kecil Dijon mustard
  • 150ml krim masakan/dairy whipping cream

Berikut ialah cara-cara menghasilkan bebola daging:

1. Campur semua bahan di atas sampai sebati. Bulatkan jadi bentuk bebola daging. Kemudian, simpan dalam peti beku 20 minit sebelum masak.

Gambar: Zan Zafirah Zainal

2. Goreng sebentar atas kuali sampai sedikit perang.

Gambar: Zan Zafirah Zainal

3. Selepas itu, masukkan dalam oven selama 30 minit, suhu 180 darjah celcius (oven biasa) atau 160 darjah celcius (fan force oven)

Gambar: Zan Zafirah Zainal

Berikut pula ialah cara untuk menghasilkan cream sauce:

1. Cairkan mentega. Masukkan tepung dan kacau untuk 2 minit.

Gambar: Zan Zafirah Zainal

2. Masukkan kiub pati daging, hancurkan.

Gambar: Zan Zafirah Zainal

3. Masukkan air sambil kacau oerlahan untuk elakkan berketul.

Gambar: Zan Zafirah Zainal

4. Masukkan kicap, dijon mustard dan krim.

Gambar: Zan Zafirah Zainal

5. Kacau sampai pekat dan tidak berketul.

Gambar: Zan Zafirah Zainal

“Hidangkan dengan meatball yang dah siap masak tadi. Letak sikit jem. Kalau ada lingonberry jem, memang sama 100% macam IKEA. Saya guna jem strawberry je,” kata Zafirah.

Gambar: Zan Zafirah Zainal

Sumber: Zan Zafirah Zainal

Adib Mohd

Nur Farra