Penularan wabak COVID-19 telah menyebabkan setiap penduduk di seluruh dunia terpaksa menjalani ‘lockdown’.
Pun begitu, satu ‘fenomena’ aneh berlaku di Argentina ketika negara itu sedang dalam pelaksanaan perintah berkurung. Walaupun penduduknya dikatakan mengikut arahan dengan sentiasa berada di rumah, kesempatan itu diambil sekumpulan singa laut dengan berjemur di kawasan pantai.
Menurut TribunNews, keadaan teersebut berlaku di Mar del Plata iaitu di pantai barat Argentina. Hal ini berlaku kerana tempat tarikan pelancong tersebut kekurangan pengunjung disebabkan oleh penularan wabak COVID-19 yang melanda Argentina.

Secara umumnya, singa laut ini hanya dapat dijumpai di sesetengah pantai sahaja. Namun ketika ‘lockdown’ ini, singa-singa laut tersebut boleh dilihat berjemur di pantai sehingga ke tempat letak kenderaan.
“Disebabkan kuarantin, tempat ini sepi tanpa kehadiran pengunjung, jadi singa-singa laut ini memberanikan diri untuk meneroka sedikit dari tempat biasa mereka,” kata presiden Fona Argentina Foundation, Juan Lorenzani.
Sumber: TribunNews, Asharq Al-Awsat