Salah seorang pekerja di Pasar Besar Jalan Othman (PJ Old Town), Petaling Jaya dikesan dikenal pasti sebagai pesakit positif COVID-19.
Majlis Bandaraya Petaling Jaya menerusi satu kenyataan di Facebook berkata, perkara itu disahkan oleh pihak pejabat kesihatan daerah (PKD).
“Orang awam yang telah hadir ke pasar tersebut daripada 4 April hingga 18 April 2020 diminta untuk mengisi borang saringan kontak kes COVID-19 yang menggunakan pautan di bawah, sama ada URL atau QR code.
“Mereka yang berisiko akan dihubungi oleh PKD untuk menjalankan pemeriksaan dan persampelan di klinik kesihatan berdekatan,” katanya kenyataan tersebut.
Berikut adalah pautan bagi mengisi borang saringan tersebut;
https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLScVrbKwjVjPH7TtXNB-ejANBMzAKX38XLkdtA393mE8L6qzDA/viewform
MAKLUMAN SARINGAN KONTAK COVID-19PASAR BESAR JALAN OTHMAN (PJ OLD TOWN)Pejabat Kesihatan Daerah telah mengenalpasti…
Posted by Majlis Bandaraya Petaling Jaya on Monday, 27 April 2020
Sumber: Majlis Bandaraya Petaling Jaya