Memandangkan bulan Ramadan tahun ini masih lagi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ia tidak menghalang untuk seseorang tampil bergaya di pagi raya Aidilfitri bersama keluarga tercinta.
Ramai yang mengimpikan untuk memilik tubuh badan yang ideal dan menarik. Jadi, mereka tidak lepaskan peluang untuk mula menjaga makan pada bulan Ramadan ini. Ada juga yang masih tercari-cari cara yang sesuai untuk mereka mulakan strategi diet ini.
Jangan risau, wanita ini telah berkongsi di laman Facebooknya dengan menunjukkan cara pemakanan yang sesuai sepanjang menjalani ibadah puasa. Menurut Wani Mustafa, dia telah menurunkan berat badan sehingga 10 kg sepanjang bulan Ramadan.
Tips Diet di Bulan Ramadhan:
Wani berjaya turunkan berat 10kg tahun lepas dan tahun ni wani nak turunkan lagi 4kg. Raya nanti boleh la pakai kebaya merah size xs.
So wani nak share tips dan cara wani diet sepanjang bulan puasa ni:
SAHUR (untuk sahur kena ambil carbo untuk bekalkan tenaga seharian)
1. Boleh makan roti wholemeal, untuk roti wholemeal ni boleh makan dengan telur hancur ke ikut kreativiti masing2.
2. Ambil segenggam nasi biasa atau paling bagus untuk diet brownrice.
3. Kurma rendam dalam air sebelum tidur dan makan masa sahur.
4. Biasanya wani ambil 3 roti wholemeal cicah dengan mila coklat, itu je. Kenyang sampai berbuka. Sebab dalam ‘mila coklat slym’ ada rolled oat, badam, kurma so dah cukup bagi rasa kenyang dan bekalkan tenaga seharian Wani.
Kalori dalam mila coklat 110 kalori sahaja tapi kenyang macam makan nasi 200 kalori. Tapi kalau jenis kena makan nasi boleh ambil nasi takda masalah.
BERBUKA PUASA
1. Minum segelas air masak dan makan kurma (sunnah gais kena ikut pahala lebih).
2. Wani akan minum secawan ‘mila coklat’ supaya wani rasa kenyang jadi nafsu nak makan itu ini dah berkurang.
3. Makan nasi segenggam, lebihkan sayur (ni memang letak banyak) ikan atau ayam. Better masak sendiri lauk-lauk ni dari beli dekat bazaar sebab bila masak sendiri lebih healthy dan rendah kalori.
4. Tak minum air manis langsung. Sebab ini la punca berat badan susah turun.
5. Tak ambil ais langsung. Kalau nak minum sejuk-sejuk letak la dalam peti ais.
6. Tak makan kuih-muih yang manis itu. Benda-benda manis semua Wani elakkan kecuali kurma je wani ambil.
MOREH (biasanya lepas teraweh akan rasa lapar jadi perlu ada moreh kan?)
1. Boleh makan roti wholemeal letak peanut butter
2. Makan buah buahan. Buah kegemaran Wani adalah tembikai dan limau.
3. Minum teh detox (takda gula gaiss, apa apa jenama pun takpe)
4. Atau boleh ratah lauk-lauk berbuka tadi tapi ratah lauk means ikan ayam je bukan ratah sekali kuah2nya okey.
Biasanya Wani memang tak makan dah lepas berbuka sebab memang kenyang. Tapi Wani nak bagi tips jugak untuk rujukan lain kot-kot lepas terawih lapar kan.
Kalau larat korang exercise 20/30 minits setiap hari. Atau boleh gantikan exercise dengan kemas rumah asalkan berpeluh ye.
Sumber: Wani Mustafa