Siakap Keli

Covid-19: Dua Lagi Kematian Di Singapura, Jumlah Meningkat 14 Orang

SINGAPURA, 28 April – Singapura yang mengesahkan 799 kes baharu jangkitan COVID-19 semalam, melaporkan dua lagi kematian menjadikan jumlahnya 14 orang.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan, Kementerian Kesihatan (MOH) republik itu memaklumkan dua pesakit lelaki yang dilabelkan sebagai kes 1595 dan 9682 meninggal dunia semalam.

Kes 1595 berusia 82 tahun menghidap jangkitan COVID-19 pada 8 April manakala kes 9682, 81, pada 20 April.

Kedua-dua warga emas berkenaan merupakan penduduk tempatan, menurut kenyataan itu.

Setakat 12 tengah hari semalam, 1,095 kes telah pulih sepenuhnya daripada jangkitan itu dan dibenarkan keluar hospital atau kemudahan pengasingan komuniti, manakala 20 lagi kritikal dan berada di unit rawatan rapi.

 

Sumber: Bernama

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang