Kerajaan India menarik semula tempahan kira-kira setengah juta kit ujian COVID-19 dari China setelah mendakwa kadar ketepatannya hanya 5 peratus.
Beberapa kit yang ‘rosak’ tersebut telah pun digunakan di beberapa negeri sebelum ditarik semula oleh pihak kerajaan.
Pegawai kesihatan di beberapa negeri melaporkan, bukan sahaja kadar ketepatan kit ujian tersebut hanya 5.4 peratus sahaja, bahkan keputusannya pula adalah negatif bagi sesetengah orang yang memang mengalami jangkitan virus itu.
Dalam pada itu, China sebaliknya mempertikaikan dakwaa India mengenai kualiti kit ujian berkenaan.
“Kualiti bagi pembuatan setiap barangan perubatan yang dieksport dari China adalah diutamakan.
“Adalah tidak adil dan tidak bertanggungjawab jika sesetengah individu melabel produk China sebagai ‘gagal’ dan melihat isu tersebut dengan prejudis,” kata jurucakap kedutaan, Ji Rong kepada BBC pada Selasa.
Bagaimanapun, BBC melaporkan bahawa kit ujian tersebut turut gagal diperiksa oleh Indian Medical Research Council (ICMR).
Menurut laporan, kit ujian itu diimport selepas beberapa negeri di India mendesak ICMR untuk membenarkan mereka menggunakannya ekoran bimbang masih ramai yang belum diuji.
Selain itu, pengeluar kit tersebut yang juga pembuat ujian antibody turut pernah ditolak oleh kerajaan Britain atas sebab yang sama, baru-baru ini.
Sumber: Daily Mail, BBC