Siakap Keli

Doktor Perjelas Cara Urus Anak Selesema, Elak Bagi Sembarangan Ubat

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Gejala batuk dan selesema amat sinonim dalam kalangan kanak-kanak. Simptom seperti sakit tekak, hidung berair dan tersumbat mungkin mengganggu kualiti tidur dan aktiviti seharian kanak-kanak.

Situasi ini akan menimbulkan rasa kebimbangan dalam kalangan ibu bapa dan mereka akan cuba mendapatkan rawatan bagi mengembalikan keselesaan dan keceriaan anak-anak.

Walau bagaimanapun, ibu bapa atau penjaga perlu prihatin dengan ubat yang diambil buat anak-anak. Menurut Doktor Ahmad Luqman Bukhari, pemberian ubat secara melulu boleh mengancam bahaya kepada mereka.

Mari baca perkongsian dibawah. Semoga bermanfaat.

Dari dulu lagi kalau Maryam Nafisah ni selsema biasanya saya akan observe je.

Kalau saya kena keluar atau tak ada kat rumah, saya akan ingatkan isteri supaya jangan bagi apa apa ubat kat dia. Siap mesej lagi punyalah nak remind punya pasal.

Bukan apa, kita mak ayah ni kadang bila risau sangat tengok anak tak sihat, cepat benar nak suap ubat. Kadang terlupa yang ubat selsema tu bahaya pada kanak kanak, lagi lagi budak bawah umur 2 tahun.

Mostly ubat selsema tu ada kandungan antihistamine. Kesan dia memanglah boleh buatkan hingus tu berkurang tapi yang tak bagusnya, boleh jugak menyebabkan anak berhenti bernafas.

Menakutkan betul bila ada anak kecil yang terpaksa dikejarkan ke Red Zone kerana silap beri ubat.

Sekejap bernafas, sekejap berhenti. Masa berhenti tu boleh nampak muka budak tu bertukar jadi kebiru-biruan sebab tak cukup oksigen.

Fuh.

Jadi apa kita boleh buat kalau anak selsema?

  •  Mula-mula kita tengok hingus anak tu. Kalau berwarna dan pekat lepas tu ada pulak demam tinggi, biasanya sebab jangkitan bakteria. Kes macam ni biar doktor periksa dulu sebelum bagi apa-apa rawatan.
  •  Tapi kalau hingus tu macam cairan jernih je dan demam pun tak ada, boleh jadi sebab virus je. Yang ni biasanya akan baik sendiri. Cuma anak memang akan tak selesa dan asyik meragam sebab dua dua belah hidungnya tersumbat.
  •  Jadi untuk bantu legakan hidung anak supaya dia dapat relax sikit, kita boleh gunakan normal saline nasal drop, nasal spray atau nasal aspirator.

Ataupun beri anak kita tu sup ayam. Itu pun ikhtiar yang bagus untuk bantu kurangkan ‘nasal congestion’ .

Selsema yang berpunca dari virus ni insyaAllah akan hilang sendiri walaupun tanpa antibiotik dan ubat selsema.

Dah tahu ni tolong kongsikan dengan pasangan masing-masing ya.

Dr Ahmad Luqman Bukhari.

Kawan-kawan yang baru follow FB saya, mintak tolong pastikan dah set See First ye. Kalau tak set saya risau kalian akan terlepas info penting tentang kesihatan anak yang saya nak kongsikan lagi nanti.

#notaDrALB

Sumber: Dr. Ahmad Luqman Bukhari

Aina

Betulkan Yang Biasa , Biasakan Yang Betul

Nur Farra