Siakap Keli
Kredit: Danish Harraz

“Kami Terkejut Lihat Dia Kurus”, Simpati Pekerja Asing Tak Cukup Makan, Chef Cilik Masak Sendiri Untuk Beri Sumbangan

Semenjak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semakin kerap kita dengar kisah pekerja warga asing yang kehilangan punca pendapatan. Disebabkan mereka bukan warganegara, mereka juga tidak layak menerima bantuan kerajaan.

Oleh itu, ada antara rakyat Malaysia yang prihatin dengan nasib sebahagian mereka yang terpaksa mengikat perut akibat kelaparan.

Baru-baru ini, chef selebriti cilik, Danish Harraz berkongsi di laman Twitter miliknya mengenai kisah Abang Raheem, seorang pekerja asing yang terpaksa mengikat perut kerana tiada wang.

Menurut Danish, mereka terkejut melihat perubahan pekerja itu yang kurus. Katanya, Abang Raheem memberitahu dia dan rakan-rakannya terpaksa mengikat perut setelah dua bulan tidak dibayar gaji.

Tambah Danish, Raheem merupakan seorang yang baik hati dan tidak suka meminta upah. Justeru, chef cilik ini telah membekalkan mee goreng ayam buat Raheem dan rakannya yang berpuasa di rumah kongsi mereka.

Ujarnya, Raheem sebelum ini pernah tinggal bersebelahan rumahnya serta menawarkan khidmat memotong rumput untuk mencari pendapatan.

“Danish diajar berbuat baik sesama manusia, bukan ikut bangsa atau agama.”

Layanan baik Danish dan keluarga kepada para pekerja asing itu turut mendapat penghargaan orang ramai yang memandang tinggi kepadanya.

Kredit: Twitter Danish Harraz
Kredit: Twitter Danish Harraz

Sumber: Danish Harraz

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.