Kes jangkitan pandemik COVID-19 di seluruh dunia sudah mencecah angka 3 juta dengan rekod sebanyak 3,002,303 dicatatkan berdasarkan data Pusat Sistem Sains dan Kejuruteraan, Universiti John Hopskins, Amerika Syarikat (US) setakat pukul 12 malam ini.
US kekal menjadi negara jangkitan tertinggi di dunia dengan kira-kira lebih 995,000 kes; hampir mencecah angka 1 juta dengan lebih 56,000 kematian, diikuti Sepanyol 229,422 kes dan 23,521 kematian serta Itali dengan 199,414 kes dan 26,977 kematian.
Sementara itu di Asia Tenggara, Singapura merupakan negara tertinggi jangkitan COVID-19 dengan merekodkan sebanyak 14,423 kes dengan 14 kematian, diikuti Indonesia sebanyak 9,096 kes dengan 765 kematian serta Malaysia dengan 5,820 kes dan 99 kematian.
Bagi kenaikan kes harian yang drastik di Singapura, menteri kesihatannya mendakwa, sebilangan besar daripada kes jangkitan itu adalah daripada kluster warga asrama pekerja asing.
Sumber: John Hopskins, Worldometer