Siakap Keli

Kucing Hitam Dibunuh Dan Dijadikan Pes Selepas Khabar Angin Mendakwa Boleh Ubati Coronavirus

Kucing hitam dipercayai dibunuh di Vietnam selepas berita palsu mendakwa dengan merebus haiwan itu dapat mengubati jangkitan Covid-19.

Badan amal ‘No To Dog Meat’ berkata, kucing direbus, disiat kulit dan dimasak sehingga menjadi pes sebelum dimakan.

Menurut laporan, ‘aktiviti’ itu dilakukan ditengah ibu kota Hanoi, namun ia turut dijual secara atas talian.

Gambar dan video tular menunjukkan cecair berwarna hitam dijual dan dinikmati warga tempatan.

“Tiada bukti mengesahkan cairan itu mampu mengubati Coronavirus. ‘Rawatan’ ini dilihat kejam,” kata Julia de Cadenet, pengasas badan kebajikan tersebut.

“Pandemik ini bukan alasan untuk menjadikan haiwan tak berdosa sebagai ‘pelindung,” katanya lagi.

Seorang penjual di Cambodia mengakui, daging anjing sangat baik dan boleh merawat penyakit berjangkit seperti COVID-19.

Sumber: The Sun UK

Aina

Betulkan Yang Biasa , Biasakan Yang Betul

Nur Farra

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.