Siakap Keli

Gara-Gara Panggil Tak Dilayan, Wajah Gadis Ditoreh Lelaki Didakwa Ada Masalah Mental

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Insan mana yang tidak marah apabila ada orang yang tidak dikenali mendatangkan kecederaan kepada salah seorang ahli keluarga kita.

Baru-baru ini, tular di laman sosial Facebook seorang lelaki mendakwa muka adiknya ditoreh.  Menurut perkongsiannya,  kejadian itu berlaku di Jalan Rumbia, Taman Daya, Johor Bahru lebih kurang 3.00 petang semalam.

Kejadian berlaku apabila adiknya dikatakan sedang ambil daun pisang di depan rumah untuk membuat kuih.

Suspek kemudian memanggil adiknya itu tapi tidak dilayan. Adiknya kemudian bergegas masuk ke rumah namun suspek berjaya menangkap dan menoreh pipi sehingga ke telinga.

“Sekarang berada di HSI untuk rawatan. Lelaki ni betul-betul duduk di belakang rumah saya. Dia ada masalah mental. Jiran-jiran disekeliling juga pernah dia kacau,” menurut Khaled.

“Untuk rekod, dia pernah pecah kereta ayah saya, tingkap belakang rumah saya, baling telur dalam rumah saya dan jiran-jiran terdekat. Kami keluarga pernah bagi amaran berulang-ulang kali. Tapi, tidak diendahkan.”

“Sehingga terbaru ni dia mencederakan adik perempuan saya. Umur adik saya 21 tahun.”

Gambar: Mohamad Khaled Nordin

Sumber: Mohamad Khaled Nordin

Adib Mohd

Nur Farra