Siakap Keli
Gambar: Khairulaming

Teringin ‘Taiwanese Sweet Potato Balls’, Ini Resepi Mudah Buat Sendiri

Di bulan Ramadan ini, pelbagai hidangan unik yang dihasilkan oleh masyarakat Malaysia yang beragama Islam tidak kira sama ada hidangan tersebut untuk sahur ataupun berbuka.

Baru-baru ini, saudara Khairulaming telah berkongsi resepi hidangan Taiwanese Sweet Potato Balls di laman media sosial. Hidangan pencuci mulut ini merupakan salah satu hidangan yang cukup terkenal di Taiwan.

Hidangan Taiwanese Sweet Potato Balls ini sesuai untuk dihidangkan sebagai pencuci mulut ketika berbuka puasa.

Berikut ialah bahan-bahan untuk hidangan Taiwanese Sweet Potato Balls:

  • 350g ubi keledek ungu (350g purple sweet potato)
  • 350g ubi keledek oren (350g garnet/orange sweet potato)
  • 3/4 cawan tepung ubi kayu (3/4 cup tapioca flour)
    *3/4 cawan ini untuk satu jenis ubi. (3/4 cup for one type of potato)
  • Air jika perlu (water if required)
  • Air cincau (grass jelly drink)kiub cincau (grass jelly cube)
  • Kiub cincau (grass jelly cube)
  • Susu cair (evaporated milk)

Sumber: Khairulaming

Adib Mohd

Nur Farra