Siakap Keli

Anak Ada Ketumbuhan Bertarung Nyawa Selepas Pembedahan, Ayah Luah Rasa Rindu Tak Dapat Lawat Kerana COVID-19

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Mempunyai anak kecil yang diuji dengan penyakit adalah satu ujian besar buat ibu bapa.

Mungkin Allah mahu meletakkan taraf ibu bapa itu ke peringkat tertinggi atas nilai kesabaran dan ketabahan dalam menempuhi ujian tersebut.

Sesuatu yang amat memilukan hati apabila jika anak kecil itu menghidapi penyakit kronik seperti kanser pada usia yang terlalu muda, masih terlalu mentah untuknya mengenal pahit manis dunia.

Seorang bapa yang dikenali sebagai Awang Faizal, berkongsi di group Facebook ‘Ebit Lew Channel’ mengenai keadaan anak kecilnya, Mohamad Nazfahrel Faizal, 3 tahun yang kini sedang berjuang melawan kanser di pangkal otak.

Mari kita hayati perkongsiannya.

Gambar: Facebook

 

Maaf admin saya juga mahu mengkongsikan betapa besarnya kuasa Allah SWT dikala kita dalam keadaan dunia yang dilanda wabak dan Ramadhan pun musim PKP.

Kini Allah turunkan ujian lagi buat keluargaku. Allah uji sebab Allah sayang..

Di mana Dia menguji seorang budak berumur tiga tahun menghidap penyakit kanser ketumbuhan di pangkal otak dan telah menjalani dua kali operation dalam masa 24 jam..

Sebak dan sedih hati bercampur pilu kanak-kanak yang berumur tiga tahun, Mohammad Nazfahrel Faizal adalah anak saya sendiri..


Gambar: Facebook

Kini dia masih berada di Hospital Ibu dan Anak Likas, Kota Kinabalu dan akan meneruskan rawatan Kimo dan Radioterapi mungkin mengambil masa lebih kurang dua tahun..

Selepas pembedahan, saya sendiri tak boleh bertemu anak saya sampailah sekarang disebabkn isu wabak COVID-19..

Di sini saya ingin meminta dan memohon jasa baik baik anda cuma doakan keselamatan, kesembuhan dan dipermudahkan urusan anak saya..

Saya tidak meminta lebih hanya doa daripada anda..

Terima kasih semua dan semoga Allah permudahkan dan beri perlindungan kepada kita semua.. Aamiin….

#AllahUjiSebabAllahSayang
#TerimaKasihSemua
#RedhaDoaDanTawakal
#MaafSyaTidakSempurna

Doakan anak kecil saya Mohammad Nazfahrel Bin FaizalĀ 

Gambar: Facebook

 

Sumber: Facebook

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'