Siakap Keli

“Bayi Berisiko Dapat Sawan,” Doktor Ini Kongsi Cara Mudah Buat Ibu Bapa Kesan Penyakit Kuning Pada Bayi

Penyakit kuning dan bayi sememangnya adalah suatu perkara yang tidak asing lagi. Kebanyakan ibu bapa yang pertama kali dikurniakan cahaya mata pasti tidak tahu perkara yang perlu dilakukan untuk bayi mereka untuk menangani situasi tersebut.

Menurut seorang doktor bernama Ahmad Luqman Bukhari, penyakit kuning ini juga boleh berisiko untuk bayi itu mendapat sawan dan pelbagai lagi masalah besar yang lain.

Justeru daripada itu, ibu bapa digalakkan untuk mengesan tanda-tanda awal penyakit ini daripada bayi mereka bagi mengelakkan risiko yang lebih teruk berlaku kepada bayi anda. Untuk mengetahui cara-cara untuk mengesan tanda-tanda penyakit ini dengan lebih lanjut, ikuti perkongsian doktor Ahmad Luqman Bukhari seperti berikut:

Saya rasa bersalah kalau tak kongsikan ilmu ni.

Tambah pulak bila saya perasan ramai parent yang baru timang cahaya mata duk susah hati takut-takut bayi terkena penyakit kuning (jaundice).

Sebenarnya jaundice ni asalnya sebab hati bayi kita tu belum matang macam orang dewasa. Ikutkan kajian ada 50% bayi matang dan seramai 80% bayi pramatang mesti dapat kuning jaundice ni.

Cuma tak adalah semuanya perlukan rawatan. Kebanyakan bayi cuma mengalami physiological jaundice je dan ia mula berlaku selepas 24 jam dilahirkan.

Biasanya physiological jaundice ni tak bahaya melainkan kalau baby nampak lesu, makin kurang menyusu atau demam.

Tapi kalau jaundice tu berlaku dalam usia 24 jam lepas kelahiran atau pun jaundice tu berpanjangan tak surut walaupun dah lebih seminggu, haa itu tak normal.

Atau pun kalau kuning tu teruk sangat sampai tahap bayi kita mengalami ‘kernicterus’, itu yang paling kita takut dan nak elak. Bila level bilirubin dah terlalu tinggi dalam darah, akhirnya ia termendap pada tisu otak maka fungsi otak bayi akan terganggu.

Baby tu berisiko dapat sawan dan problem besar lain seperti cerebral palsy! Kesian!

Sebab tu mak ayah kena belajar untuk tahu baby yang baru lahir tu bila dah pulang ke rumah ada tanda-tanda jaundice atau tak.

Kita tak nak jaundice tu hanya dikesan masa dah terlampau teruk. Akhirnya lambat dapat rawatan sebab parent pun tak tahu anak kena jaundice.

Cara-cara untuk kenal tanda-tanda jaundice

Okay, mak ayah boleh je guna cara mudah macam ni:

-Perhatikan bahagian mata bayi yang warna putih tu. Kalau perasan macam kekuning-kuningan dekat situ, boleh jadi bayi kita dah mula dapat jaundice.

-Tekan bahagian dahi bayi guna jari telunjuk kita. Atau bahagian hidung. Buat selama 3 hingga 4 saat je lepas tu lepaskan. Nanti kita boleh nampak warna kekuningan dekat bahagian tu kalau baby kena jaundice.

Jika ada tanda bayi kena jaundice, terus bawa ke klinik kesihatan atau hospital untuk check bacaan darah.

Biasanya kalau bacaan dibawah paras yang perlukan rawatan, nanti bayi boleh je balik. Cuma dekat rumah tu, mesti kerapkan beri susu dan make sure baby berak dan kencing pun kerap.

Bayi yang dapat menyusu dengan bagus dan kerap, penyakit kuningnya akan berkurang dengan cepat.

Tolong ya, bantu saya sebarkan ilmu ni sebab sepatutnya semua mak ayah kena tahu ilmu penting ni. Lagi-lagi yang tengah menanti kelahiran orang baru.

Mana yang dah tahu, terus je save info ni siap-siap supaya kalian boleh apply ilmu ni bila sampi masanya nanti. Harap nanti dah tak ada lah kes bayi kena kuning teruk berlaku dalam family kita.

Sumber: Ahmad Luqman Bukhari

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.