Siakap Keli
Gambar: CNA

Esprit Tutup Kedai Di Asia Menjelang Akhir Jun

Esprit Holdings Ltd., peruncit fesyen bakal menutup semua kedainya di Asia pada akhir Jun berikutan kemerosotan hasil jualan di rantau ini dan kesan COVID-19, lapor agensi berita pusat Taiwan.

Esprit cawangan Taiwan pada Selasa berkata pihak syarikat memutuskan untuk menutup semua 56 kedai di Asia selain dari China, termasuk di Singapura, Malaysia, Taiwan, Hong Kong dan Macau.

Di Taiwan, Esprit mempunyai 26 cawangan.

Langkah itu diambil sebagai sebahagian usaha untuk mengatasi cabaran yang dicetuskan oleh pandemik COVID-19.

“Ini adalah langkah yang tepat untuk Esprit kerana pandemik COVID-19  memberi kesan dramatik kepada perniagaan kami,” kata ketua pegawai eksekutif Anders Kristiansen dalam satu kenyataan bertarikh 27 April di laman web Esprit.

Hasil jualan syarikat merudum di rantau itu.

Jualan runcit di Asia menurun 44.2 peratus dalam tempoh sembilan bulan hingga 31 Mac, dan lebih 90 peratus pendapatannya dalam tempoh itu dijana di Eropah.

Sumber: BERNAMA

Aqmal Ezany

I write what is right