Siakap Keli
Gambar:The Asian Parent

Gara-Gara Pesakit Dipercayai Tidak Jujur, Seorang Doktor Meninggal Dunia Akibat Covid-19

Rakyat Indonesia dan Ikatan Doktor Indonesia (IDI) sekali lagi berduka apabila seorang doktor muda meninggal dunia akibat Covid-19, lapor Detik news.

Berita duka itu disampaikan oleh IDI menerusi laman media sosial. Sebelum meninggal dunia, Dr Berkatnu Indrawan Janguk sempat menjalani rawatan intensif di bilik ICU di Hospital Soewandhi Surabaya sejak seminggu yang lalu.

Memetik laporan TheAsianparent Indonesia, doktor berusia 28 tahun itu sememangnya mempunyai sejarah penyakit asma dan disahkan positif Covid-19 selepas melakukan ujian swab tiga minggu lalu.

Menurut Penyelaras Pasukan Petugas Protokol Kesihatan Percepatan Menangani Covid-19 di Surabaya, Febria Rachmanita, Dr Berkatnu Indrawan dipercayai dijangkiti virus tersebut daripada pesakit yang pada awalnya tidak mengaku bahawa dia positif Covid-19.

Tambahnya lagi, doktor itu mungkin sering membuka topeng muka semasa merawat pesakit kerana asma yang dihidapinya. Penghidap asma sukar bernafas ketika memakai topeng muka. Disebabkan itu, Allahyarham dengan mudah dijangkiti Covid-19.

Febria nyata kesal dengan apa yang telah berlaku pada Dr Berkatnu Indrawan dan dia berharap agar selepas ini tiada lagi pejuang perubatan, doktor mahupun jururawat yang terdedah kepada kehilangan nyawa ketika merawat pesakit Covid-19.

Sumber: Detik News, TheAsianparent

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa