Keputusan untuk melakukan pengasingan sepenuhnya atau lockdown di India telah berkuatkuasa ekoran wabak Covid-19 yang semakin menular di seluruh dunia.
Pegawai di Chandigarh, India telah mula gunakan alat memerangi jenayah baru yang unik untuk ‘mengumpulkan’ sesiapa yang melangar perintah perintah penguncian Coronavirus secara selamat.
Demonstarasi video berdurasi 1 minit 7 saart menunjukkan seorang polis menggunakan sebatang besi dengan bentuk bulat dibahagian depan dipercayai untuk mengunci pinggang pesalah, sekaligus menjaga jarak dengan selamat.
“Peralatan dan latihan yang hebat,” ujar Ketua Polis Negara yang memuji cara unik untuk menangani suspek yang tidak memberi kerjasama dengan perintah berkurung.
Setakat ini Chandigarh, ibu kota Haryana dan Punjab, telah diisytiharkan sebagai zon penahanan dengan perintah berkurung yang ketat terhadap kota itu.
VIP Security wing of Chandigarh Police has devised this unique way of tackling non-cooperating corona suspects and curfew breakers.
Great equipment, great drill !!!
Way to go @ssptfcchd and Insp Manjit, HCt Gurdeep, HCt Pawan and Ct Usha pic.twitter.com/oTLsGoe6yt— DGP Chandigarh Police (@DgpChdPolice) April 25, 2020
Sumber: NY Post