Siakap Keli

Kuwait, Saudi Arabia Dijangka ‘Bersih’ COVID-19 Sepenuhnya Januari 2021? Lihat Kajian Dikeluarkan SUTD Ini

Hampir sebulan lebih kita ‘terkandas’ di rumah sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksana pada 18 Mac lalu dan rata-rata tidak sabar menjalani kehidupan seperti biasa.

Masyarakat di Malaysia mahupun di seluruh dunia tertunggu-tunggu bilakah wabak COVID-19 ini akan berakhir.

Pun begitu, para pakar melalui satu kajian dari Singapore University of Technology and Design (STUD) telah mengeluarkan jadual jangkaan wabak itu berakhir bagi 131 negara.

Melalui Data-Driven Innovation Laboratory (DDI) yang dikemaskini secara harian, wabak COVID-19 di Malaysia dijangka berakhir sepenuhnya pada 8 Julai 2020.

Walau bagaimanapun, negara Kuwait dan Saudi Arabia memperlihatkan antara negara yang paling lambat terhindar daripada COVID-19 iaitu, dijangka bersih 100% pada 14 dan 31 Januari 2021.

*Disclaimer: Kandungan dari laman web ini HANYA untuk tujuan pendidikan dan penyelidikan dan mungkin mengandungi kesilapan. Model dan data adalah tidak tepat untuk complex, evolving, dan heterogeneous realities dari pelbagai negara. Ramalan tidak dapat dipastikan secara semula jadi. Pembaca mesti mengambil ramalan dengan berhati-hati. Optimism yang terlalu tinggi berpandukan beberapa tarikh akhir yang diramalkan adalah berbahaya kerana boleh melemahkan disiplin dan kawalan kita, menyebabkan perubahan virus dan jangkitan, serta harus dielakkan.

Sumber: Singapore University of Technology and Design Data-Driven Innovation Lab

Adib Mohd

Nur Farra

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.