Siakap Keli
Kredit: Google

Lelaki Di Amerika Dilapor Minum Pencuci Kerana Percaya Khabar Angin Boleh Lawan COVID-19

Seorang lelaki di Kansas dilaporkan telah meminum cecair pencuci, dipercayai gara-gara mengikut ‘saranan’ Presiden Donald Trump untuk ‘meminum disinfektan’ sebagai rawatan koronavirus.

Kejadian itu telah disahkan pegawai kesihatan negeri, Dr Lee Norman dalam satu sidang media pada Isnin lalu, lapor Daily Mail.

Menurutnya, lelaki yang dirahsiakan identitinya berkata, dia meminum produk itu disebabkan ‘nasihat yang diterima’, namun tidak memperincikan siapa yang memberi nasihat tersebut.

“Kami melakukan apa yang kami boleh untuk melawan mesej mengenai rawatan itu,” tambahnya.

Dalam satu taklimat di Rumah Putih minggu lalu, Trump menimbulkan persoalan sama ada tindakan menyuntik disinfektan bertoksik ke dalam peparu boleh melawan COVID-19, lapor Daily Mail.

Beliau berkata demikian setelah mengesahkan golongan penyelidik sedang mengkaji kesan bahan kimia itu ke atas virus.

“Adakah ada cara kita boleh lakukan seperti itu, dengan suntikan di dalam atau pembersihan?” soalnya.

“Sebab anda boleh lihat ia masuk ke dalam paru-paru dan jumlahnya amat banyak pada paru-paru. Jadi, ia akan menjadi menarik untuk dikaji.”

Trump dilaporkan menjelaskan, dia hanya bersikap sarkastik ketika memberi kenyataan tersebut.

Susulan itu, kenyataan presiden itu telah mendapat kritikan dan menjadi topik perbincangan dalam kalangan pelbagai lapisan masyarakat di sana.

https://www.youtube.com/watch?v=_qhrV2Ty3bM

Sumber: Daily Mail

Amira

Love yourself.