Dalam waktu sekarang ni ramai peniaga-peniaga dan para usahawan yang mengakui terjejas dengan hasil jualan yang ‘drop’ teruk.
Situasi ni membuatkan ada diantara mereka ‘mati akal’ tak tahu nak buat apa sebab ia datang secara tiba-tiba tanpa sempat nak buat ‘back-up plan’.
“Resah hati ni bila tengok stok semua dah ambil, duit dah banyak habis tapi sales tak gerak-gerak.”
Baca kisah tiga usahawan ni yang bina bisnes jutaan ringgi dari Zero To Million dengan bimbingan Mentor dan ilmu untuk bina bisnes dengan betul.
Dari gerai bawah pokok sehingga ‘mahsyur’ seluruh Port Dickson
Siapa yang tak pernah dengar King’s Char Kuey Teow. Kalau lalu depan PD tu boleh nampak restoran besar dengan papan tanda warna merah yang boleh tampung 1500 orang dalam satu masa.
Mengujakan bila jualannya pernah mencapai RM44 ribu satu malam hanya dengan char kuey teow sahaja.
Terbaru, King’s Char Kuey Teow telah dinobatkan sebagai TOP 15, Enterprise 50 (E50) Awards baru-baru ini. Di antara 50 nama-nama besar di Malaysia, bisnes ini berjaya memegang tempat ke-15 di kalangan Small Medium Enterprise (SME) di Malaysia.
Siapa disebalik King’s Char Kuey Teow? Pengasasnya, Aizat mengakui dulu buat segala-galanya sendiri. Daripada ke pasar, ambil order pelanggan dan hinggalah menggoreng char kuey teow.
Macam mana bisnes bawah pokok boleh jadi sampai 50 orang pekerja? Sebab Aizat yang dulu bisnes tak da ilmu, bila dah tambah ilmu, barulah bisnes menjadi.
Biarpun restoran King’s Char Kuey Teow tak boleh dibuka ketika PKP ni, Aizat tak menung dan tunggu nasib akan berubah. Beliau terus switch model bisnes beliau dengan menjual kambing perap frozen dan bina sistem ejen, dropship dan delivery untuk jana pendapatan supaya bisnes kekal bertahan.
Jenama ESKAYVIE 10 tahun capai RM60 juta tanpa bimbingan, bisnes hampir lingkup pada 2014 kalau founder tak upgrade ilmu
Billboard, televisyen, surat khabar dan majalah terpampang jenama ESKAYVIE di merata-rata sehingga berjaya capai RM60 juta tanpa bimbingan sesiapa.
Tapi langit tak selalunya cerah, kewujudan media sosial menyebabkan jualan Eskayvie pada tahun 2014 jatuh mendadak dengan hanya mencapai RM31 juta.
Puan Kartika Wati Mohamed, founder Eskayvie Sdn Bhd menyalahkan faktor GST. Tapi yang buatkan beliau semakin risau apabila jualannya pada tahun berikutnya turut juga jatuh mendadak. Jualannya hanya RM8 juta dan tahun 2016 RM2 juta.
Ketika itu, beliau tekad gulung tikar, minta semua pekerja berhenti kerja tapi dengan pujukan 12 orang pekerja tunggal, Puan Kartika menghadiri program RichWorks dengan keadaan ego yang meninggi dan tidak mahu menonjol diri.
Pada hari kedua program pertama RichWorks yang beliau hadiri iaitu Intensif Magnet Kekayaan dan Kejayaan (IMKK), beliau tekad untuk mendaftar ke dalam program Titanium untuk bina semula bisnesnya. Dan syukur alhamdulillah selepas 3 tahun, sales Eskayvie melonjak semula naik dari RM2 juta ke RM45 juta setahun. Beliau percaya dengan bimbingan Dr Azizan Osman iaitu ‘Do the best and trust the process’.
Apa yang Puan Kartika buat ketika PKP? Setelah dapat order dari pelanggan, Customer Service Team Eskayvie terus menelefon pelanggan untuk beri bimbingan dan konsultasi tentang penggunaan produk Eskayvie.
Berapa ramai yang berbisnes produk kesihatan yang ‘lepaskan’ pelanggan mereka begitu sahaja setelah membeli?Menurut apa yang MenThor, Dr Azizan Osman ajar, buat bisnes fokus satu sasaran pelanggan dan tambah nilai hingga mereka beli berkali-kali.
Dulu penghuni rumah flat, kini bisnes WeddingsbyEmma capai jualan RM5 juta dan jadi tumpuan kerabat diraja
Puan Emma Zuraida pernah menghadapi kesesakan hidup sehingga terpaksa mendiami rumah kecil dengan 7 orang ahli keluarga lain dan bekerja dengan gaji RM2,500 sebulan.
Berbekalkan minat dalam bidang gubahan dan hiasan, beliau mulakan bisnes dengan menerima tempahan majlis kecil-kecilan seperti majlis akikah, majlis cukur jambul dan majlis hari jadi.
Dalam masa sama bisnes sedang memuncak, Puan Emma diselubungi hutang. Dalam tercari-cari jalan keluar masalah hutang, beliau terjumpa video Dr Azizan Osman dan hadir sendiri ke program RichWorks sehingga berjaya capai jualan RM4.4 juta pada 2019.
Hasil berMenThorkan Dr Azizan Osman juga, masalah hutang beliau berjaya diselesaikan dan jenama Weddings By Emma semakin dikenali kalangan selebriti dan juga Majlis Perkahwinan Di Raja.
Meskipun kerajaan menghalang untuk mengadakan sebarang himpunan selama setahun lamanya setelah PKP, WeddingsbyEmma tidak jatuh namun masih mendapat sambutan dengan tawaran Pakej Pre-Order dengan harga istimewa untuk pasangan yang ingin melangsungkan perkahwinan pada tahun hadapan.
Anda terinspirasi dengan ketiga-tiga kisah mereka yang berjaya mengharungi badai walau dalam tempoh kritikal ini?
Ini peluang untuk anda rebut, belajar dari 50 jutawan dengan ilmu bina bisnes, pemasaran dari zero kos marketing sampai kepada berbayar, bina jenama, jadi brand leader, menang dalam pasaran dan industri, besarkan team, recruit stokist/ agent/ dropship dan belajar dari pelbagai industri leader selama 3 hari secara 100% PERCUMA.
Program 100% ONLINE ini membolehkan anda menjadi bakal usahawan dan jutawan dengna bimbingan mereka yang sudah berjaya.
Daftar 100% Percuma (Bila daftar 3 orang) di www.TitanSummit2020.com
Klik www.TitanSummit2020.com sekarang.