Siakap Keli

Statistik Terkini Rakyat Malaysia Dari Luar Negara Positif COVID-19 – KKM

Sebanyak 72 kes daripada 94 kes baharu dalam tempoh 24 jam yang dilaporkan hari ini, telah dikenalpasti sebagai kes import daripada pelajar Malaysia.

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kesemua pelajar seramai 72 orang itu membawa pulang kes tersebut dari Indonesia.

Manakala, jumlah selebihnya sebanyak 22 kes merupakan kes jangkitan tempatan.

Sehingga 29 April 2020 pukul 4.30 petang, KKM berkongsi statistik terkini rakyat Malaysia dari luar negara yang disahkan positif COVID-19.

Statistik terkini rakyat Malaysia 🇲🇾 dari luar negara yang disahkan positif #COVID19. pic.twitter.com/N10IsFOVtH

— KKMPutrajaya (@KKMPutrajaya) April 29, 2020

Sumber: KKM

Nur Farra