Siakap Keli

Ahli Fisioterapi Ini Jelaskan Kesan Negatif Jika Kerap Tidur Posisi Meniarap

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Semua orang tahu bahawa mendapatkan tidur yang cukup adalah amat penting, tidur merupakan keperluan manusia yang perlu dinikmati dengan sebaik-baiknya. Untuk kekal sihat bukan sahaja menjaga cara pemakanan malah perlu menjaga cara posisi tidur agar penyakit lain tidak menghampiri diri kita

Salah satu contoh adalah tidur secara meniarap memang menjadi kebiasan sesetengah orang kerana mereka dapat rasakan keselesaan apabila mengamalkan posisi tidur seperti itu. Namun, ramai yang tidak tahu tentang implikasi yang akan berlaku pada tulang belakang manusia.

Perkongsian menarik ini daripada seorang ahli Fisioterapi, Wan Zahid dalam laman Twitternya memberitahu bahawa tidur secara meniarap ini mmberikan kesan negatif berbanding kesan positif.

Boleh sebabkan sakit pada bahagian leher dan tulang belakang.

Posisi ini membuatkan kepala berada dalam satu sisi dan tulang belakang anda tegak dalam keadaan yang luar biasa sepanjang malam, dan boleh menyebabkan kesakitan di bahagian leher dan sakit tulang belakang bawah pada hari yang berikut. 

Jadi, jom kita ubah cara tidur kepada terlentang ataupun mengiring.

 

 

Sumber: Flex Physiotherapy

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang